Rakyat

Mohon Rebat 50% Pembelian Car Seat, 1 April Boleh Semak & Beli Di Kedai Terpilih

701
SHARES
subsidi carseat

Penggunaan carseat untuk mak ayah yang mempunyai anak-anak yang masih kecil sudah menjadi perkara wajib. Ini bagi memastikan keselamatan anak-anak terjaga dan diletakkan di tempat yang betul. Oleh itu, berita baik untuk mak ayah kerana anda boleh memohon rebat sebanyak 50% bagi pembelian carseat dan boleh disemak bermula 1 April nanti. Jom apply cepat!

Baca juga: Elak Pasang Car Seat Di Kerusi Depan, Risiko Impak Teruk!

MOHON REBAT 50% PEMBELIAN CAR SEAT, 1 APRIL BOLEH SEMAK & BELI DI KEDAI TERPILIH

Berita yang sangat baik. Sejak kerajaan mewajibkan penggunaan child restraint system (crs) atau car seat, ramai ibu bapa mengeluh kerana tidak mampu membeli carseat walaupun ingin sangat anak mereka selamat di dalam kereta.

subsidi car seat

Pagi tadi kami menghadiri taklimat MIROS sempena subsidi CRS bernilai RM30 juta yang baru dilancarkan pada budget 2022. Kerajaan tawarkan subsidi sehingga 50% bagi keluarga B40. Maknanya jika ibu bapa membeli carseat bernilai RM300 ke bawah, akan mendapat subsidi 50% dan jika harga carseat melebihi RM300 maksima subsidi diterima ialah RM150.

subsidi carseat

Bagi orang lain mungkin sikit RM150, tapi saya percaya besar makna subsidi ini bagi ibu bapa yang betul betul ingin anak mereka selamat. Terlalu banyak kisah bayi tercampak namun ibu bapa selamat apabila kemalangan. Kerusi kereta tidak direka untuk bayi tapi orang dewasa. Sebab itu bayi dan kanak kanak perlu CRS.

LANGKAG PENEBUSAN SUBSIDI PEMBELIAN CAR SEAT

1.1 keluarga layak 1 car seat namun mereka yang layak tetap perlu memohon di website www.mycrs.gov.my bermula Mac.

2.Kemudian, mereka boleh menyemak samada mereka mendapat subsidi atau tidak bermula 1 April 2022.

3.Apabila dah ada nama dan layak dapat subsidi, boleh pergi ke kedai terpilih yang diluluskan MIROS.

4.MIROS akan luluskan kedai yang mempunyai penjual terlatih dengan Child Occupant Safety Advisor atau COSA. Ini bagi memastikan pembeli diajar cara yang betul untuk pasang carseat di kereta.

Alhamdulilah, kesemua 13 cawangan Butik Tateh mempunyai 16 orang team yang telah menghadiri latihan COSA oleh MIROS sejak tahun lepas.

Misi kami memperjuangkan keselamatan kanak kanak dan mengajar betul cara guna carseat lebih mudah dengan adanya subsidi ini. Saranan kami semoga ibu bapa boleh mula menabung sekurangnya RM150 bagi membolehkan membeli carseat 1 April nanti.
Semoga subsidi ini mendapat sambutan dan kerajaan menyambung lagi setelah habis RM30juta ini.

Sumber: Wana Abas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×