Asuh

Elak Pasang Car Seat Di Kerusi Depan, Risiko Impak Teruk!

8.9K
SHARES

“Macam mana nak letak car seat untuk si kecil ni..?”

Penggunaan car seat untuk bayi adalah merupakan perkara penting bagi menjami keselamatan bayi apabila berada dalam kereta. Namun, tahukah anda bahawa terdapat lagi ibu bapa yang melakukan kesalahan dalam pemasangan car seat bayi ini dengan meletakkannya di bahagian hadapan penumpang. Ketahui kenapa anda perlu elak pasang car seat di bahagian depan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Baca juga: 14 Senarai ‘Baby Safety Items’ Mak Ayah Wajib Beli Secara Online, Mudah & Murah!

ELAK PASANG CAR SEAT DI KERUSI DEPAN

Kalau dah pakai kan carseat untuk anak bagus dah. Kalau pakaikan secara rearfacing untuk anak bawah 2 tahun, bagus dah. Tapi, elak pasang carseat di seat hadapan, sebab:

1) BAHAYA jika airbag deploy, boleh menghentam crs anak, rujuk https://youtu.be/mJ4P1kCxIE4

2) Kalau pun airbag boleh off atau tak ada airbag, posisi depan ialah paling berisiko mendapat impak paling teruk jika berlaku kemalangan.

3) Di belakang visor pun ada label amaran, tak boleh pasang crs secara rearfacing di seat depan.

4) Risiko fokus pemandu terganggu, jika nak tengok/entertain anak sewaktu memandu.

Apa nak buat? Anak asyik menangis kalau tak nampak mak?

1) Latih letak anak di seat belakang, tak apa menangis sekejap saja.

2) Letak handbag kita di seat belakang, untuk elak terlupa/tertinggal anak.

3) Pasang muzik/white noise/zikir/menyanyi sama-sama sewaktu dalam kereta.

4) Setiap kali berhenti traffic light, boleh selfie guna handphone untuk tengok anak.

5) Untuk perjalanan jauh, setiap 1 jam, boleh berhenti di tempat selamat, keluarkan anak dari crs untuk stretch badan.

Noraseha Puad, Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Sumber: Noraseha Puad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×