Bila dah ada anak kecil ini, bukan sahaja dari aspek pemakanan yang perlu dijaga malah dari aspek keselamatan mereka juga perlu dikawal rapi. Banyak kes yang dilaporkan di media utama melibatkan kemalangan kanak-kanak seperti jatuh dari tangga, tidak menggukanan car seat dan sebagainya. Jadi, amat penting untuk mak ayah menyediakan barangan keselamatan bayi supaya perkara yang buruk dapat dielakkan.
Susah nak dapatkan barangan keselamatan bayi? Jangan risau kerana ibu ini berkongsikan di dalam laman Facebooknya dan menyenaraikan 14 jenis baby safety items untuk anda beli secara online sahaja buat si manja. Mana tahu bila ada jualan murah nanti, anda boleh borong sepuas-puasnya!
’14 BABY SAFETY ITEMS’ YANG MAK AYAH WAJIB BELI SECARA ONLINE
1.Portable baby dining chair
Risau anak ada masalah ruam sebab guna baby chair kedai? Baby chair kedai selalu kotor melekit air tumpah? Baby chair kedai tu rosak or habis semua orang guna dah? Tak ada hal lah. Guna je chair ni. Kebersihan kerusi pun terjamin. Dan bestnya chair ni jugak ialah BAG! Boleh letak skali tapawer makanan anak dlm tu. Ada jenis mahal ada jenis murah. Ikut selera memasing hehe.
2. Baby chair/shopping trolley cover
Ini bagus dan sesuai yakmat utk mak2 slumber mcm saya . Malas nak usung bag-babychair atas tu? Haa gunalah yang ni. Cumanya ini masih kena guna baby chair kedailah. Tapi kita cover dgn kain ni jadi xdelah mslah ktor lekit atau risiko penyakit berjangkit tu terkena anak kita. Cover ni siap ada travel bag dia. Cute!
3. TV/furniture anti tip or anchor
Ini untuk almari ke TV flat screen ke yang tak diletak di dinding tu. kita selalu risau anak panjat2 pastu TV or almari terjatuh kan? Maka pasangkan tali ni. Tak mudah putus sebab material tali yang orang pakai dengan bag hiking tu.
4. Mirror mirror in the wall
Baby back seat mirror.
-untuk monitor apakah aktiviti anak semasa anak diletak dalam car seat hadap ke belakang.
-cermin bukan dari kaca tapi plastik ABS so tak risau kalaulah accident, kaca dia pecah kena anak.
Toksah la ambik mudah pegi tampal cermin kedai ecorm2 tu oiii. Kalau pecahhhh hmmm
5. Cordless stick touch light
Ni sangat sesuai untuk saat rumah terputus elektrik. Tahun depan dah 2020 takkan guna lilin lagi bro? Lilin bahaya woo…kang budak tak duduk diam terlanggar lilin dah susah. Lampu dia guna bateri. Terang benderang sekalian alam. Ada jual di eco rm2 tapi malas dah nak tunggu stock sebab asyik-asyik habis stok di eco.
6. Baby bath thermometer
Tak payah dah nak celup-celup lengan untuk test air mandian baby suam ke panas membara ke. Letak je benda ni dan tengoklah suhu dia ok ke hangat ke apa. Jangan buat test dekat dahi anak pulak.
7. Temperature sensing spoon
Sama kekdah dengan bath thermometer tadi. Untuk kesan suhu pada makanan pulak lah. Sudu ni berubah jadi jernih jika makanan terlalu panas. **pleasee jgn tiup tiup makanan anak!** Mulut kita byk microbes dan tak bersih. Tiup makanan hanya buat makanan tercemar aje huhu
8. Waterproof socket cover
Amat bagus kalau ada anak dalam usia 2-3 tahun yang gemar sangat main air. Kurang risiko terkena renjatan elektrik even kalau anak bertuah tu curah air di soket. Juga bagus untuk elakkan anak cabut main kepala plug.
9. Anti lost tracker
Kalau nak pergi kenduri ke expo ke mall ke sesuai. Gantungkan mcm keychain di mana-mana bahagian badan anak macam di poket seluar ke. Jadi kalaulah terpisah, setidaknya alat ni boleh tunjuk lokasi kedudukan anak. Kelemahan dia ialah dia tak detect jauh sgt. Tapi oklah dripada xde langsung pape cara nak cari anak.
10. Baby Chair
Ini baby chair mcm gambar pertama tapi branded punya. I berkenan yg ini sebenarnya. Tolonglah sesiapa hadiahkan boleh? Hahaha. Ke kotlah Shopee murah hati nak kasik. Penat ooo tolong ss smua ni hahaha. Ok gurau. Tapi baby chair ni serius lawa & amat berkualiti!
11. Baby fingers door stop
Ini mmg bagus dan eloklah ada. Mudah saja just tampalkan benda line merah putih tu di celahan pintu anda. Maka anak tak boleh nak masukkan jari dia celah pintu. Kurang risiko jari anak tersepit.
12. Children sefery belt motorcycle
Dalam era modenisasi ini (wahh mcm esei haha),tak semua bertuah memiliki kereta. Kadang-kadang nak pergi kedai area perumahan je pun kan. So pakaikanlah ini kepada anak anda. Tak adalah risau dia terjatuh dari motor.
13. Safety drawer locks
Ini memang best untuk mak mak yang malasssss anak punggah baju dalam almari. Kunci je almari setel masalah.
14. Safety lock door or window
Ngeri haritu terbaca kes budak jatuh sebab main tolak tingkap. So gunakanlah benda ni. Dia akan halang tingkap dari terbukak besar. Amatlah bagus untuk warga metropolitan duduk rumah tinggi-tinggi macam saya.
*Boleh start survey dah barang-barang ini kalau ada sale ya!
Sumber : Fatien Atiqa