Famili

10 Senarai Barang Keperluan Bayi Yang Ibu Bapa Muda Perlu Ada

40
SHARES

“Alamak, aku baru first time nak jadi ibu ni. Barang apa yang nak kena beli?”

Buat anda yang bakal menimang cahaya mata buat pertama kali, mesti rasa gusar dan keliru tentang pemilihan barang untuk bayi kan? Memang banyak sebenarnya barang keperluan untuk bayi yang anda perlu persiapkan. Bukan sahaja tertumpu kepada newborn sahaja, barang keperluan yang kami senaraikan ini juga sesuai untuk bayi berusia 0 sehinggalah 2 tahun ke atas. Jom kita tengok barang apa yang penting tersebut.

1. Baby Play Yard

Playard atau ruang permainan ini adalah sesuai untuk anak-anak yang berumur 2 tahun dan keatas. Apa yang menariknya, anda boleh menjumpai pelbagai variasi warna dan corak playard di pasaran. Waktu anak nak bermain anda boleh hamparkan dan lipat semula apabila selesai bermain.

2. Beg botol susu

Semua ibu atau bapa pasti memerlukan beg botol susu terutama sekali apabila hendak keluar dari rumah. Anda boleh pilih pelbagai jenis beg botol dari saiz kecil sehingga saiz besar. Apa yang bergunanya, beg botol susu ini juga dapat mengekalkan suhu susu yang suam.

3. Baby Carrier

Sebaik sahaja anak berumur 3 bulan dan keatas, mereka lebih banyak merengek apabila tidak didukung. Jadi, salah satu cara yang selamat untuk dukung anak terutamanya apabila berada di luar adalah dengan menggunakan carrier. Banyak pilihan di pasaran mengikut kepada bajet anda sampailah ke harga yang mahal sekali!

4. Sabun basuh baju bayi

Penting untuk anda tahu bahawa baju bayi perlu dibasuh secara berasingan dengan baju kita? Hal ini kerana, bahan yang digunakan dalam sabun basuh baju bayi adalah lebih lembut dan tidak mencederakan kulit bayi yang masih halus. Jadi, jangan lupa untuk beli pencuci baju yang lebih sesuai ya.

5. Tuala bayi

Tuala bayi yang lembut adalah amat penting supaya sesuai dengan kulit bayi yang masih halus. Bukan sahaja boleh digunakan sebagai tuala mandi, ia juga boleh dijadikan sebagai selimut. Memang si manja akan suka apabila kita ‘balut’ diri mereke dengan tuala lembut macam ini.

6. Baby bath tub

Kalau zaman dahulu ibu hanya mandikan si manja di dalam sinki tandas sahaja kan? Berbeza dengan zaman sekarang dimana penggunaan bath tub adalah sangat berguna. Bath tub yang sesuai dan pastinya tidak licin dapat menjamin keselamatan si manja ketika mandi. Bila dah berumur 1 tahun ke atas pun masih tiada masalah bermandi dengan sendiri.

7. Baby wipes

Ketika umur bayi masih berada dalam linkungan 6 bulan ke bawah, kulit mereka masih lagi sensitif dengan produk tertentu. Dengan penggunaan baby wipes yang betul dapat menjamin kebersihan kulit si kecil tidak kira dimana sahaja anda berada. Memang berguna terutama sekali berada di luar kawasan rumah.

8. Botol susu

Ini adalah barang yang paling popular sekali dalam kalangan ibu bapa. Pemilihan kualiti botol susu yang betul amat penting supaya nutrisi dalam kandungan susu terjaga. Kita mestilah tak mahu kualiti botol susu yang tak tahan lama kan? Mahal sikit tidak mengapa, yang penting kualiti.

9. Bedak bayi

Disebabkan kulit bayi adalah sangat sensitif, pemilihan bedak yang betul adalah penting. Bukan sahaja wangi, ada juga produk bedak bayi di pasaran yang dapat membantu mengurangkan kesan ruam pada badan bayi akibat peluh. Ini mesti ada di setiap rumah!

10. Baby Harness

Apabila anak sudah boleh mula berjalan, bahaya kalau terlepas tangan apabila kita berada di luar rumah kan? Jadi, solusinya adalah dengan menggunakan baby harness. Ibubapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun keatas mesti ada.

*Selamat membeli!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×