Rakyat

Kalau Ada Anak Bawah Usia 12 Tahun, Dah Boleh Mohon Bantuan Car Seat MyCRS

11
SHARES
subsidi carseat

Penggunaan carseat untuk mak ayah yang mempunyai anak-anak yang masih kecil sudah menjadi perkara wajib. Ini bagi memastikan keselamatan anak-anak terjaga dan diletakkan di tempat yang betul. Oleh itu, berita baik untuk mak ayah kerana anda boleh memohon rebat sebanyak 50% bagi pembelian carseat dan sudah boleh disemak bermula 1 April. Bagi anda yang masih belum lakukan permohonan, jom apply cepat!

Sumber: Mohon Rebat 50% Pembelian Car Seat, 1 April Boleh Semak & Beli Di Kedai Terpilih

ADA ANAK BAWAH 12 TAHUN BOLEH MOHON CAR SEAT

Melihatkan jumlah kemalangan membabitkan penumpang belakang membabitkan kanak kanak kecil, kerajaan Malaysia dengan kerjasama MIROS memperkenalkan dan membuka permohonan bantuan car seat 2022 dengan rebat diskaun 50 peratus / subsidi RM150.Ia seperti yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia menerusi pembentangan bajet malaysia sebelum ini.

Untuk memohon mudah sahaja. Anda perlu buat semakan kelayakan, samada anda layak atau tidak untuk mohon dan claim subsidi dan rebat carseat B40. Jika anda layak, anda perlu hantar permohonan bantuan subsidi car seat baby 2022 secara online.

Panduan Permohonan Online MyCRS

-Jadi, jangan lupa untuk lakukan permohonan di www.mycrs.gov.com

-Sila semak kelayakan di bahagian Semakan Kelayakan. Jika layak, sila isi borang permohonan di menu Permohonan Untuk anak yang bakal lahir tahun 2022 ni

-Boleh email bukti kelahiran anak & bukti penerima BPR/BKM ke [email protected].

Sumber: MyCRS

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×