Menjelang 1 Januari 2020, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau carseat (CRS) akan diwajibkan di Malaysia.
Mungkin ramai yang pening dan tak tahu jenis carseat apa yang sesuai untuk anak mereka. Dan kalau yang dah beli tu, adakah anda sedang menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak yang betul?
Sebelum pilih jenama apa atau warna apa, penting untuk ibu ayah fahamkan jenis carseat yang sesuai dengan umur, berat dan ketinggian anak masing-masing.
Kini, terdapat 4 jenis kerusi keselamatan kanak-kanak yang sedia ada di pasaran.
Jom ketahui lebih lanjut tentang jenis carseat yang paling sesuai untuk anak-anak anda mengikut info dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) ini.
4 Jenis Carseat Anak Mengikut Kategori Umur, Berat & Ketinggian
Mengikut Garis Panduan Kerusi Keselamatan yang dikeluarkan oleh MIROS, kanak-kanak yang mempunyai ketinggian bawah 135cm diwajibkan menggunakan kerusi keselamatan ini.
Bagi memastikan ciri keselamatan dan perlindungan berfungsi sebaiknya, ibu ayah mesti memilih kerusi keselamatan kanak-kanak yang sesuai dengan umur, berat dan ketinggian anak anda.
Berikut adalah 4 jenis kerusi keselamatan yang terdapat di pasaran.
1. Tempat Duduk Keselamatan Bayi
- Kategori umur : 0-18 bulan
- Ketinggian : Sesuai bagi bayi dengan ketinggian kurang daripada 83cm
- Berat : 9 kg – 13 kg
2. Tempat Duduk Keselamatan Kanak-kanak
- Kategori umur : 15 bulan hingga 4 tahun
- Ketinggian : Sesuai bagi anak dengan ketinggian 71cm ke atas
- Berat : 9 kg – 18 kg
3. Booster Dengan 5 Poin Harness
- Kategori umur : 4 tahun hingga 7 tahun
- Ketinggian : 100cm dan ke atas
- Berat : 15 kg – 25kg
4. Tempat Duduk Sokongan (Booster Seat)
- Kategori Umur : 6 tahun ke atas
- Ketinggian : Sehingga 135cm
- Berat : 25 kg – 36 kg
Pastikan Ia Mempunyai Cop Keselamatan Yang Disahkan
Selain memilih kerusi keselamatan yang sesuai dengan umur, ketinggian dan berat, pastikan juga ia dilengkapi dengan ciri keselamatan yang disahkan.
Kalau nak tahu, periksa label piawaian dengan kelulusan ECER44/04 atau ECE R129 pada produk tersebut.
Terkini, kerusi keselamatan juga akan didatangkan dengan label QR MIROS untuk produk kerusi keselamatan baru di oasaran mulai tahun hadapan.
Jadi diharapkan dengan info ini ibu ayah dapat membuat pilihan yang tepat semasa membeli kerusi keselamatan nanti.
Kerusi keselamatan jenis apa yang anda sedang gunakan?
Jom komen jawapan anda bersama pengalaman penggunaan di dalam ruangan komen dan mari bincangkan!
*Sumber: JKJR Malaysia