Rakyat

‘Car Seat’ Lagi Penting Daripada Kuih Raya & Baju Raya

431
SHARES

Menjelang musim perayaan ini, macam-macamlah persiapan ibu ayah untuk anak-anak yang bakal beraya nanti. Masing-masing excited nak balik kampung. Barang-barang dah beli, semua siap packing.

Tapi jangan lupa, bagi yang ada anak kecil – sudahkah kita sediakan car seat untuk anak-anak kita? Atau anda bercadang untuk memangkunya saja?

5 Perkara Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Kepentingan & Penggunaan Car Seat

1. Melindungi Anak Kecil Daripada Kecelakaan

Seperti yang kita tahu, tujuan utama car seat untuk bayi dan anak kecil adalah untuk melindunginya daripada sebarang kemalangan atau sebarang insiden yang boleh mengancam keselamatan.

Undang-undang penggunaan car seat adalah wajib di kebanyakan negara Eropah, di mana ia mesti digunakan oleh anak kecil sejak lahir hingga 6 tahun. Bukan itu saja, kanak-kanak di sana juga mesti memakai booster seat sehingga mereka benar-benar memiliki cukup ketinggian untuk memakai seat belt biasa di kereta.

Di Malaysia pula, setakat ini ia bukanlah sesuatu yang wajib dari segi undang-undang. Namun, ia dijangka akan dikuatkuasakan penggunaannya pada tahun 2019 ini.

Foto Kredit: 123rf.com

2. Jenis-jenis ‘Car Seat’ Yang Sesuai Umur

Terdapat beberapa jenis car seat yang perlu kita ambil kira untuk keselamatan kanak-kanak. Keperluan mereka adalah berbeza mengikut umur.

  • Rear-facing – posisi menghadap ke belakang ini adalah paling selamat untuk meletakkan bayi berusia 2 tahun dan ke bawah, dengan berat dan ketinggian yang dinyatakan oleh setiap jenis pengeluar car seat masing-masing
  • Front facingposisi menghadap ke hadapan ini sesuai bagi anak kecil 2 tahun ke atas sehingga mereka mencapai had maksimum muatan car seat tersebut. Usia anggaran maksimum adalah sekitar 5 tahun.
  • Booster seat – bagi anak yang telah melebihi had maksimum muatan car seat, mereka perlulah menggunakan booster seat sehingga memiliki ketinggian badan yang cukup untuk memakai seat belt biasa dengan baik. Booster seat ini mungkin jarang digunakan di Malaysia, namun ia merupakan sesuatu yang biasa dipraktikkan di negara Eropah oleh kanak-kanak sehingga usia sekitar 8 tahun.

Foto Kredit: cdc.gov

3. Rear-facing Lebih Selamat

Kebanyakan kita dah tentu lebih suka memasang car seat ini secara front facing sebab lebih mudah melihat wajah bayi dan memantaunya sepanjang perjalanan. Namun, kajian mendapati bahawa anak kecil adalah 5 kali lebih selamat daripada sebarang risiko membahayakan jika duduk di car seat dalam posisi rear-facing.

Ini kerana, car seat telah direkabentuk untuk menyerap dan menyebarkan daya hentakan supaya kurangnya hentaman yang kuat pada satu-satu anggota badan. Dengan posisi menghadap ke belakang, kepala dan leher bayi lebih terlindung, menerima sokongan yang maksimum serta kurang berisiko terhadap kecederaan serius.

Oleh yang demikian, penggunaan car seat secara rear-facing amat digalakkan bagi bayi berusia 2 tahun dan ke bawah.

Foto Kredit: securatot

4. Pangku Bayi Amat Membahayakan

Tahukah anda, memangku bayi mampu mendedahkan bayi kepada bahaya yang amat dahsyat seandainya berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Contohnya, bayi boleh tercampak keluar tingkap apabila berlaku hentakan yang kuat. Menurut sumber, jika kenderaan bergerak selaju 50 km/jam, impak ini bersamaan dengan terjunan daripada bangunan 3 tingkat atau dilanggar oleh gajah seberat 3.5 tan.

Selain itu, bayi boleh menerima terhimpit dengan badan ibu atau penjaga yang sedang memangkunya. Sekiranya anda mempunyai berat badan 45kg, daya hentakan yang diterima oleh bayi bersamaan 1,360kg apabila kenderaan bergerak pada kadar kelajuan 50km/jam.

5. Tempat Duduk Belakang Paling Sesuai

Tempat yang paling selamat untuk memasang car seat adalah di tempat duduk belakang, di mana tiada air bag yang akan terkeluar apabila kenderaan mengesan kemalangan.

Jika anda memasang hanya sebuah car seat, tempat yang paling strategik adalah di tengah-tengah kerana ia meminimakan risiko hentakan berbanding apabila diletak berdekatan pintu.

Walaubagaimanapun, sekiranya tempat duduk di tengah ini tidak rata atau mempunyai rekabentuk yang menyukarkan pemasangan car seat, anda boleh meletakkannya di sisi.

Foto Kredit: www.babycenter.com

Invest & Ajarkan Anak Guna Car Seat Walaupun Leceh

Akhir sekali diingatkan, penggunaan car seat amatlah penting walaupun pada mulanya agak menyukarkan. Biarlah anak menangis dan meraung sekarang daripada kita menyesal di kemudian hari. Lama-kelamaan, mereka akan faham dan boleh berdisiplin untuk duduk di dalamnya.

Laburlah sedikit wang untuk membeli car seat yang elok demi keselamatan anak anda. Sekarang, dah banyak jenis car seat yang mampu milik boleh didapati di pasaran. Utamakanlah car seat berbanding kuih raya dan baju raya anda!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×