Asuh

Ikuti 5 Tips Dari Si Ayah Ini Supaya Anak Tak Degil Untuk Duduk Diam Atas ‘Car Seat’

4.6K
SHARES

Bila nak memulakan perjalanan, salah satu perkara yang susah untuk dilakukan bagi ibubapa adalah nak bagi anak duduk diam-diam atas car seat. Anak-anak ni kalau boleh tak mahu nak duduk atas car seat ini kerana susah untuk mereka bergerak-gerak di dalam kereta. Sampai menangis-nangislah dan kita pun sampai berpeluh nak pujuk si anak supaya setuju untuk duduk di atas car seat. Macam mana nak mudahkan situasi ini?

BERKONGSI PENGALAMAN ANAK KAMI ‘BERSALIN’ ATAS CAR SEAT!

www.facebook.com/almuhandisMOD

Ramai orang duk tanya kami macam-mana anak-anak kami boleh duduk diam dalam car seat, tiga-tiga pulak tu termasuk yang paling kecik, boy or girl, baik dan pasrah ja kena kunci dalam car seat. Macam mana kami buat? Bersalin atas car seat kot? Sama ja macam hangpa yang baru nak try bubuh anak dalam car seat tu. Anak-anak kami pun mengamuk sakan jugak mula-mula dulu. Mai nak bagi petua bagi anak-anak mau duk atas car seat.

1. SABARKAN TELINGA!

http://www.sfgate.com/

Paling penting yang ni, mak ayah kena ada kebolehan buat-buat pekak bila anak mengamuk bila kena ikat dalam car seat. Buat tak dengaq ja, insyaAllah kheta dah jalan nanti, senyap la depa. Anak-anak kami biasanya lepas 15 min berjalan, depa dah pejam dah. Camna nak buat bagi senang pejam? Tengok point #2

2. MULA TRAVEL BILA ANAK LETIH

http://www.cloudninecare.com/

Jangan bagi depa lena banyak sebelum mulakan perjalanan. Biaq depa letih dulu, lepastu nanti sat ja letak dalam car seat depa akan terus lena.

3. KENA KONSISTEN!

www.driving.co.uk

Hat ni kena buat betul2, jangan hangat-hangat taik unta ja beli car seat recaro bagai, pakai 2 kali dah jadi tukun dalam stor. Tiap kali naik kereta tu, bubuh ja depa dalam car seat, tak kisah la nak pi rumah atok kampung sebelah ja pun. Yang penting anak-anak tau depa kena duduk dalam car seat bila naik kereta.

4. KREATIF

http://mylife-blogged.com/

Kalau perlu, sediakanlah gadjet sekadar perlu untuk tunjuk kartun ka kalau anak-anak tak berenti menangis jugak sampai 2 jam. Ataupun sediakan makanan untuk depa. Kadang anak-anak ni lapaq,bagi makanan nanti diamla tu. Hangpa kalau lapaq pun bad mood jugak kan?

5. QUDWAH

www.harveynorman.com.au

Yang terakhir, kalau anak-anak kena strap, mak ayah pun tunjuk la contoh kat anak-anak. Jangan pulak duk cakap “Ayoh xpaa, ayoh besaq dah!” Ok, moga hangpa semua berjaya ajaq anak-anak naik car seat dengan sukses!

JOM JADI PARENTS YANG AMANAH MENJAGA ANAK-ANAK! *Harness pastikan betul-betul atas bahu dan sentiasa pastikan lock. Kena selalu tengok sebab anak-anak bila dah besar sikit dah pandai bukak lock & takmau tali duk atas bahu, macam anak kami.

Sumber: Khairussani Farid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×