Didik

7 Jenis Ilmu Parenting Bakal Ibu & Ayah Perlu Tahu Demi Masa Depan Anak Yang Cerah

123
SHARES

Nak jadi seorang mak atau ayah bukanlah senang dan pastinya mahu anak membesar menjadi manusia yang berguna. Bak kata pepatah, “membaca jambatan ilmu” jadi, ibu bapa perlulah rajin membaca supaya ilmu yang dibaca dapat diterapkan kepada anak-anak.

Berdasarkan perkongsian dari Taufiq Razif, beliau turut berkongsi jenis-jenis ilmu parenting untuk bakal ibu dan bapa pelajari sebagai persediaan mendidik anak nanti!

ILMU PENTING UNTUK MAK AYAH BELAJAR

“Antara ilmu parenting yang mak ayah wajib belajar demi masa depan anak anak:

1.Ilmu didik Tauhidic Mindset pada anak

Masa anak berumur 7 tahun ke bawah sewaktu Critical Thinking nya belum terbentuk secara sempurnalah waktu terbaik untuk didik anak tentang Allah, Nabi, syurga neraka dan semua hal yang berkaitan agama. Supaya apa yang kita ajar tu akan terus masuk ke dalam diri mereka dan menjadi pegangan hidup anak anak kita seumur hidup mereka. Anak seperti kain putih, kitalah yang mencorak kepercayaan ( belief system ) mereka.

2.Ilmu kawal emosi diri

Bagaimana nak didik anak kalau emosi kita sendiri kacau bilau. Anak anak mungkin boleh taat ketika kita menengking dan mendidik mereka dengan emosi yang tidak stabil tetapi mereka mentaati kita kerana FEAR, bukan kerana RESPECT. Di situlah nanti juga akan timbulnya reaksi 3F pada anak kita yang ditekan dengan amarah kita. Fear, Flight ataupun Freeze. 3F ni boleh membantutkan perkembangan anak kita!

3.Ilmu kawal emosi anak

Ketika anak Tantrum meraung-raung di dalam Mall bagaimana cara untuk urus mereka? Ketika anak kita meltdown di tengah keramaian manusia, bagaimana untuk hadapi mereka? Tanpa ilmu kawal emosi anak, kita mungkin akan menggunakan kekerasan dan tengkingan untuk mendiamkan mereka. Padahal cara itu mungkin meninggalkan trauma pada anak anak kita jika salah caranya.

4.Ilmu perkembangan anak

Kadang kadang kita terlalu mengejar skor peperiksaan anak padahal mungkin ianya tak realistik dengan perkembangan anak. Kita taknak anak kita boleh dapat capai apa yang kita nak tetapi sebenarnya ia tak sesuai dengan fitrah perkembangan anak. Mungkin terlalu cepat atau terlalu lambat ke. Hanya dengan  belajar fasa perkembangan anak kita la kita dapat tahu apa sebenarnya yang anak kita perlukan pada umur mereka sekarang.

5.Ilmu mendidik EQ anak

Mengikut kajian, penyumbang kejayaan anak anak kita banyak dipengaruhi oleh EQ sebenarnya dibandingkan IQ semata mata. EQ ni adalah kecerdasan emosi. Anak yang cerdas emosinya akan mampu mempengaruhi, memujuk, bernegosiasi dan menguasai orang lain. Kebanyakan jutawan dan orang yang duduk di jawatan penting kerajaan ataupun swasta adalah orang yang hebat EQ nya. Bukan sekadar hebat IQ nya.

6.Ilmu mendidik adab anak

Zaman sekarang ni sangat ramai anak yang bijak tetapi kurang adab. Terutamanya adab bila bergaul dan berkomunikasi. Mak ayah kena peka untuk didik ilmu adab pada anak ni sebab kita taknak anak kita hebat di pentas peperiksaan tetapi gagal di pentas kehidupan.

7.Dan banyak lagi

Sebab tu lah kita kena labur duit pada ilmu parenting ni demi masa depan anak anak. Pergilah cari seminar ke ebook ke buku ke atau kelas kelas parenting. Kita labur pada emas dan rumah, kita akan dapat duit tetapi bila kita labur pada anak anak kita akan dapat kepuasan dan kebahagiaan yang sebenarnya yang takkan dapat dibeli oleh mana mana harta sekalipun!

Sumber: Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×