Famili

7 Cara Nak Latih Anak Yang ‘Tak Suka’ Duduk Di Car Seat

255
SHARES

Sebagai ibu bapa yang  sentiasa prihatin soal keselamatan anak-anak, amatlah penting untuk anda membeli car seat dan melatih mereka untuk duduk di atasnya. Bukan saja keselamatan mereka terjamin, penggunaan car seat akan memudahkan pemanduan ibu bapa, dapat melatih anak untuk berdikari tidur sendiri dan sebagainya.

Namun, tidak semua anak-anak suka untuk duduk di car seat. Baru saja letak dah menangis. Anak ini memang sifatnya manja, kalau boleh nak berkepit dengan ibu ke mana saja. Sebab itulah kalau dalam kereta mereka lebih suka duduk dipangkuan ibu. Tapi, malang tidak berbau sekiranya berlakunya kemalangan, anak yang tidak duduk di car seat akan mudah tercampak keluar kereta sekaligus boleh menyebabkan kematian!

Jadi, mungkin perkongsian oleh seorang ibu ini tentang tip bagaimana nak latih anak untuk duduk di car seat secara berterusan, boleh dipraktikkan oleh anda. Ingat, malang tidak berbau!

7 Cara Nak Latih Anak Yang Tak Suka Duduk Di Car Seat

Foto: Parenting.com

1. Paksa dan paksa

Ini ayat suami saya dan encik bapa yang lain. Perlu tahan hati tadah telinga biarkan si kecil menangis sekejap (tak mahu duduk) dari menangis selama-lamanya (kerana kecederaan akibat kemalangan).

2. Nyanyi atau dengarkan lagu kegemarannya

Biarpun suara anda sumbang, percayalah ia akan jauh lebih sedap di telinga mereka dari suara Siti Nurhaliza atau Celine Dion (contoh saja.. jangan perasan pulak ya..) Kalau saya lah, memang dah macam konsert dalam kereta .. mujurlah tak ada secret camera. 

3. Cuba ‘pancing’ dengan makanan atau snek kegemarannya

Yang ini perlu hati-hati sikit.. jangan sampai si anak buat kesimpulan pasti akan dapat makan bila duduk dalam car seat. Payah tu! Tak pasal-pasal anak jadi obesiti pula! Anda boleh sediakan bekalan makanan seperti nuget ayam, kentang goreng, sosej dan sebagainya.

Foto: Parents Magazine

4. Alih perhatiannya dengan binatang atau apa saja yang menarik di jalanan

It works for me everytime!! Saya biasa bercerita kisah haiwan sambil drive dan buat pelbagai bunyi haiwan. Kadang-kadang sampai tergelak.. betul ke binatang ni bunyi macam ni?? Layan saja lah..

5. Pastikan anak cukup selesa

Yang ni penting! Bagi anak susu siap-siap, tukar pampers kalau dah basah/penuh, dan penyokong kepala (jika ada) perlu diletakkan pada level yang betul. Kalau baru ambil dari pengasuh, pastikan peluk cium dulu puas puas supaya anak rasa ketiadaan kita sebelum tu dah terbalas.

Foto: Parenting.com

6. Siap sedia dengan alat mainan

Ini pun untuk distract juga. Smart phone saya gunakan bila betul-betul terdesak saja. Susah juga kalau anak jadi ketagih.

7. Jadi model pada anak

Anak kecil ni memang cepat tangkap semua benda yang dia nampak kita buat. Rajin-rajinlah pakai seat belt dan sambil sambil tu cerita kenapa kena pakai. Ulang dan ulang selagi larat.

Latihlah anak sejak usianya bayi lagi untuk duduk di car seat supaya mereka sudah terbiasa dan jadi sebagai rutin bila menaiki kereta.

Sumber: CuddleFamily

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×