Sihat

5 Perkara Maha Dahsyat Yang Berlaku Bila Berbuka Puasa Dengan Rokok

389
SHARES
bahaya merokok

Berbuka dengan air 2-3 teguk, makan kurma sebiji, kemudian terus nyalakan api nak hisap rokok. Maklumlah seharian berpuasa tentu rasa susah nak tahan diri. Sampai makan nasi pun dikemudiankan.

Kata pakar, merokok berbatang-batang setelah belasan jam berpuasa sebenarnya menempatkan sistem saraf dan pulmonari pada bahaya yang jauh lebih besar jika dibandingkan merokok pada hari biasa.

Berikut adalah antara perkara bahaya yang berlaku apabila seseorang berbuka puasa dengan rokok.

1. Badan ‘Dikejutkan’ Dengan Racun & Toksik

Sepanjang berpuasa, kita tidak makan dan minum selama lebih 12 jam. Selama inilah perut kosong dan tidak menerima nutrisi melalui makanan.

Tapi jika seseorang terus merokok selepas masuknya waktu berbuka, itu bererti antara bahan pertama yang kita masukkan ke dalam tubuh adalah bahan toksik dan beracun. Bayangkan bahan kimia utama yang terkandung dalam rokok adalah sangat merbahaya seperti karbon monoksida, nikotin dan tar.

Bahan kimia ini akan menjadi lebih dahsyat kesannya jika masuk ke dalam tubuh anda dalam keadaan perut kosong setelah berjam-jam puasa.

cara ganti puasa

Foto Kredit: new-muslims.info

2. Menurunkan Fungsi Organ

Setiap kali rokok dihembuskan, kandungan karbon monoksida dalam asap rokok dapat masuk ke dalam aliran darah dan sekaligus menurunkan kadar oksigen dalam darah.

Hal ini mengakibatkan sel-sel dalam tubuh perokok kekurangan oksigen sehingga menyebabkannya kurang efisyen. Secara luarannya, seseorang akan merasa cepat letih dan pening. Dalam keadaan berpuasa, efeknya akan meningkat di mana seseorang juga boleh berasa mual dan muntah akibat kesan toksik ini.

Foto Kredit: betterhealth.vic.gov.au

3. Kegagalan Jantung

Public Health Malaysia juga mengingatkan bahawa asap rokok akan menyebabkan darah menjadi lebih pekat, meningkatkan tekanan darah dan menganggu degupan jantung.

Jangan pandang remeh kerana situasi ini mampu menyebabkan risiko serangan jantung dan strok meningkat sehingga berkali-kali ganda!

Serangan jantung biasanya terjadi jika suatu sumbatan hingga terputusnya aliran darah ke suatu bahagian dari jantung. Jika terputusnya atau berkurangnya aliran darah ini berlaku melebihi beberapa minit, maka jaringan jantung akan mati.

4. Risiko Kanser Peparu Lebih Tinggi

Menurut sumber lain, merokok dalam keadaan perut kosong juga dapat meningkatkan risiko kanser paru-paru. Ini kerana kesan nikotin yang diserap tubuh dalam keadaan perut kosong cenderung lebih besar dibandingkan dalam keadaan perut sudah terisi.

Selain itu, karbon monoksida pula akan mengikat hemoglobin darah 300 kali lebih kuat berbanding oksigen, sehingga boleh menyebabkan rasa pening akibat kekurangan oksigen.

Foto Kredit: healthyandbeautyzone.com/

5. Batuk Tak Sudah

Kalau anda perasan, perokok tegar lebih mudah diserang batuk dalam bulan puasa. Mana tidaknya, bila kurang minum air, tekak pun menjadi kering.

Dalam keadaan seperti ini, saluran pernafasan lebih sensitif memicu iritasi dan senang mendapat batuk. Bahkan apabila seseorang merokok, pelbagai jenis racun dan toksin sudah tentulah akan menjadikan keradangan pada tekak semakin teruk.

Ramadan Peluang Terbaik Berhenti Merokok

Tidak dinafikan merokok mungkin menjadi kurang kerap ketika bulan puasa, tetapi merokok sebaik sahaja berbuka puasa mengundang sebuah bahaya yang maha dahsyat kepada kesihatan tubuh badan.

Manakan tidak, selepas berpuasa selama lebih 12 jam, tubuh badan memerlukan air, glukosa (gula) dan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Tapi malangnya, tubuh disuap pula dengan racun yang bertindak menghancurkan sistem dan fungsi organ.

Ayuh manfaatkan bulan Ramadan ini dengan menjadikannya peluang keemasan untuk melatih diri untuk berhenti merokok secara total.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×