Didik

Teknik 2 Hour Rule, Rupanya Ini Sebab Jangan Bagi Anak Duduk Dalam Carseat Terlalu Lama

107.3K
SHARES

Setelah tersebar berita tentang carseat diwajibkan mulai tahun depan, pastinya ramai ibu bapa mula membiasakan anak mereka di dalam car seat. Tapi untuk perjalanan yang jauh, sebenarnya had masa untuk letakkan anak anda di dalam carseat hanya 2 jam sahaja. Ini antara risiko yang anak akan alami sekiranya duduk di dalam carseat terlalu lama.

HAD MASA CARSEAT: 2 HOUR RULE

Walaupun dah pernah share sebelum ni, saya tetap nak panjangkan lagi perkongsian dari Dr. Putri Afzan Maria tentang carseat 2 hour rule & info dari baby safe ni. Tahun depan ibu bapa yang ada anak kecil dah wajib guna carseat. Tapi ramai yang masih tak tahu, had masa yang disyorkan bagi anak kecil (bayi hingga kanak-kanak berusia 4 tahun terutamanya) boleh diletakkan/duduk dalam carseat tak melebihi 2 jam secara berterusan.

RISIKO

Jika bayi dan kanak-kanak duduk dalam carseat melebihi 2 jam secara berterusan boleh menyebabkan:

1)Gangguan proses pertumbuhan tulang belakang.

2)Menyebabkan masalah tulang belakang di masa akan datang.

3)Gangguan saluran pernafasan jika anak tidur dalam posisi kepala tunduk ke depan/mendongak.

4)Kematian akibat kekurangan oksigen bagi kes-kes tertentu.

Duduk dalam satu-satu posisi dalam tempoh masa yang lama akan memberikan tekanan pada tulang belakang. Bukan hanya orang dewasa, bayi & kanak-kanak juga tak terkecuali mengalami masalah tulang belakang dan masalah kekejangan otot. Lebih-lebih lagi, struktur tulang belakang mereka masih belum cukup kuat. Proses pertumbuhan tulang belakang boleh terganggu & boleh juga menyebabkan masalah tulang belakang dimasa hadapan.

Menurut Dr Dieter Breithecker pula, antara penyebab sakit belakang dikalangan kanak-kanak adalah proses perkembangan tulang belakang terganggu akibat dari pergerakan spontan yang terbatas (samada berbaring atau duduk dengan terlalu lama). Dari itu penting untuk membiarkan anak dapat bergerak bebas setelah duduk didalam carseat selama 2 jam kerana pergerakan spontan dan aktiviti dapat membantu anak mengembangkan semua otot dan menguatkan posturnya.

Dalam perjalanan yang jauh, sudah pasti anak-anak akan tertidur ketika duduk didalam carseat mereka. Saluran pernafasan bayi kecil & sempit. Sekiranya bayi/kanak-kanak tidur dalam posisi kepala tertunduk ke depan, aliran udara ke paru-paru akan terbatas & boleh menyebabkan kekurangan oksigen. Apabila penurunan tahap oksigen dalam darah lebih rendah daripada 90% keadaan yang dipanggil ‘Hypoxia’ boleh berlaku. Jika keadaan ini berterusan dalam tempoh yang lama, boleh juga menyebabkan sawan, koma, kerosakan pada otak & juga kematian. Bayi & anak kecil dengan tulang leher belum cukup kuat, bayi tak cukup berat, bayi pramatang, serta bayi & kanak-kanak yang mempunyai masalah jantung/paru-paru lebih berisiko tinggi mengalami masalah gangguan pernafasan ini. Namun risiko ini dapat dikurangkan dengan penggunaan carseat dengan ciri-ciri keselamatan & mempunyai pad/sokongan untuk kepala.

HAD MASA 2 JAM MENGURANGKAN RISIKO

Kebanyakan pengeluar carseat syorkan had masa 2 jam sahaja bagi bayi dan kanak-kanak duduk dalam carseat dalam tempoh 24 jam kerana penggunaan yang lebih lama akan meningkatkan risiko-risiko tadi. Tapi penggunaan carseat dalam negara kita belum meluas apatah lagi kesedaran tentang risikonya. Sebab tu perlunya kesedaran dikalangan ibubapa tentang langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan carseat supaya dapatkan elakkan berlakunya masalah kesihatan pada masa hadapan/perkara yang tak diingini berlaku.

Perlu diingatkan ye walaupun penggunaan carseat masih berisiko, ianya mampu dielakkan dengan menepati had masa yang disyorkan, penggunaan carseat yang bersesuaian & mengikut piawaian. Risiko gangguan kesihatan ini juga ternyata lebih rendah berbanding risiko kematian bayi & kanak-kanak akibat kemalangan.

JANGAN JADIKAN ALASAN

Lepas ni ibubapa jangan pula jadikan ianya alasan untuk taknak gunakan carseat. Gunalah carseat dengan cara yang betul & tepatilah had masa yang disyorkan. Pastikan juga bayi & kanak-kanak dalam carseat sentiasa diawasi seseorang/penjaga/dipantau keadaannya. Bagi perjalanan yang jauh, sebaik-baiknya rancang dulu perjalanan supaya dapat berhenti setiap 2 jam. Anda hanya perlu berhenti & berehat di mana-mana perhentian yang selamat selama 10-15 minit sahaja agar anak dapat berbaring, bergerak, berehat, meregang & meluruskan tulang belakang seketika.

Kesempatan ini juga boleh digunakan untuk korang berehat, segarkan badan, tambah bekalan makanan jika perlu. Ini bukan sahaja menjadikan perjalanan lebih selesa tetapi dapat juga mengelakkan kejadian-kejadian yang tak diingini seperti keletihan melampau, micro sleeping dan sebagainya.

P/s: 2-hour rule ni bukan setakat penggunaan carseat je tapi termasuk juga carrier, bouncer dan lain-lain sitting devices. 2 in 1 carrier carseat ni selalunya digunakan ketika shopping. Penting untuk keluarkan anak sekejap supaya dapat stretch tulang belakang sementara tukar diapers tu.. Tukar anak dalam posisi berdiri & kalau boleh baringkan sekejap (jika di baby room), sebelum sambung shopping berjam-jam pula..

Sumber: Yatie Eimra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×