Asuh

Guna Raga Sebagai Pengganti Carseat Kerana Tak Mampu? Ini 3 Sebab Bahaya Tindakan Anda Itu!

3
SHARES

Baru-baru ada tular di media sosial tentang ibubapa yang menggunakan raga sebagai pengganti carseat untuk meletakkan bayi.Ternyata perkara itu mendapat reaksi yang pelbagai dari orang ramai yang mengatakan bahawa tindakan tersebut adalah tidak wajar. Untuk pengetahuan ibubapa, amat penting sebenarnya penggunaan car seat ini untuk menjamin keselamatan anak yang masih kecil ketika berada di dalam kereta!

www.babycentre.co.uk

GUNA RAGA GANTI CARSEAT ?

Saya mendapat ps ni dari rakan facebook. Betapa beliau risau melihat keadaan bayi ini. Ps ini pula didapati dalam satu page.
Cuba lihat beberapa dan mungkin banyak kesalahan lagi yang telah ibu ini lakukan dan boleh merisikokan bayi itu sendiri walaupun letak seatbelt atau raga itu muat-muat dengan kereta.

www.facebook.com/belnawhen

Carseat sebenarnya bukan satu pilihan tetapi ia merupakan satu kemestian bagi memastikan keselamatan si anak. Nyawa anak ni bukan boleh ditukar ganti.

1) Bayi itu memang lihat nyenyak tidur didalam bakul itu. Tapi aspek keselamatan? Tidak dipasangkan belt pada tubuh bayi yang mana boleh merisikokan bayi tercampak sama ada keluar atau mukanya terhentak tempat duduk penumpang jika mengalami kemalangan atau si ibu/bapa tiba-tiba break kecemasan.

2) Aspek keselamatan raga itu sendiri, adakah ia diuji selamat bagi mengelak kecederaan pada ada jika ia patah semasa kemalangan atau kemampuan menampung tekanan tinggi semasa kemalangan atau impak yang kuat diberikan. Raga berpotensi untuk pecah dan pecahannya boleh mencederakan atau menusuk mana-mana organ penting.

www.verywell.com

3) Bila beg udara terbuka semasa kemalangan, anak berisiko untuk lemas apabila muka tersembam kepada penyandar tempat duduk penumpang dan impak beg udara itu juga mampu mencederakan bayi serta mematahkan tulang rusuknya.

Kenapa perlu ada carseat?

1) Mendisiplinkan anak.

2) Memberi lebih keselesaan kepada anak-anak sebenarnya jika dilatih dari awal.

3) Aspek keselamatan carseat sendiri telah diuji untuk impak tertentu.

Tidak mampu beli carseat atau carrier?

www.budgetdirect.com.au

Kan boleh menyimpan atau beli preloved. Banyak sebenarnya dijual secara dalam talian. Membazir? Ada pula istilah membazir dalam membesarkan anak serta memastikan keselamatannya dijaga?Jika tidak mahu simpan untuk anak seterusnya, let go kepada mereka yang kurang kemampuan untuk membeli carseat baru. Mana tahu anda pun mampu kurangkan beban keluarga lain.

Hairan sungguh, berkereta mampu, jika kita lihat dalamannya pun macam kereta import, malahan kehamilan sendiri bukannya ekspress seolah hari ni hamil, esok dah melahirkan. Belajarlah menyimpan. Tak payah cari terlalu berjenama, titik beratkan aspek keselamatan sudahlah.

www.youbabyandi.com

Notakaki:
Boleh pula minta jangan kecam. Ni bukan kena kecam lagi, rasanya dia kena duduk diam2 dan hadam nasihat dari ramai orang. Jangan menyesal kemudian sudahlah.

Sumber : Bel Nawhen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×