Famili

Aktifkan Kunci Keselamatan Pintu Kereta Untuk Elak Perkara Tak Diingini Berlaku, Bahaya!

4
SHARES
pintu kereta

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial memaparkan kejadian seorang kanak-kanak tercampak keluar dari kereta semasa membuat pusingan U. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga ibu bapa dinasihatkan agar aktifkan kunci keselamatan pintu kereta bahagian belakang.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia di laman Facebooknya, rata-rata kereta mempunyai sistem ini dan lebih bagus jika digunakan sebaik mungkin demi tujuan keselamatan.

Baca juga: Banyak Manfaat Bagi Finger Food Kepada Si Kecil & 4 Resepi Sedap Boleh Dicuba

ELAK ANAK TERJATUH, AKTIFKAN KUNCI KESELAMATAN PINTU KERETA

PINTU KERETA

Buat yang masih belum tahu, sistem kunci keselamatan kanak kanak ini ada di hampir semua kenderaan termasuk kenderaan penumpang 90 an. Ia terletak di pintu belakang kereta sahaja.

Apabila sistem ini diaktifkan, pintu belakang hanya boleh dibuka melalui luar. Ya, memang sedikit leceh kerana ibu bapa perlu buka pintu dari luar setiap kali anak anak ingin keluar.

Namun ini adalah jalan terbaik untuk mengelakkan anak dari tercampak keluar kenderaan semasa kereta sedang dipandu. Selain itu, sekiranya si kecil duduk bersendirian di belakang dan bermain pintu kereta, ia boleh mengurangkan risiko.

Seterusnya, ibu ayah juga dinasihatkan untuk meletakkan anak di dalam carseat mengikut kesesuaian umur supaya keselamatan lebih terjamin berbanding duduk di kerusi sahaja.

Malang tidak berbau, ambil langkah berjaga jaga sebelum kemalangan terjadi kepada diri anda.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Guna Aplikasi Waze Untuk Set ‘Reminder’ Anak Dalam Kereta, Elak Kes Buruk Berulang!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Kredit imej: Go Girl

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×