Sihat

3 Cara Periksa Payudara Sendiri Di Rumah, Jangan Lupa Buat Setiap Bulan

2
SHARES
CARA PERIKSA PAYUDARA SENDIRI

Pemeriksaan payudara sendiri di rumah merupakan langkah awal untuk berjaga-jaga bagi mengesan sebarang risiko penyakit seperti kanser.

Kanser payudara yang dikesan lebih awal, dapat memberi peluang untuk anda menerima rawatan selain, peluang untuk sembuh yang lebih terjamin.

Jadi, berikut merupakan 3 cara periksa payudara sendiri di rumah untuk kaum wanita cuba lakukan. Walau bagaimanapun, pemeriksaan ini tidak boleh digantikan dengan ujian saringan di hospital.

Baca juga: Malu Payudara Kecil Leper, Cuba 5 Senaman Ini Untuk Mantapkan ‘Aset’ Itu!

3 CARA PERIKSA PAYUDARA SENDIRI DI RUMAH, JANGAN SKIP!

CARA PERIKSA PAYUDARA SENDIRI

1. PEMERIKSAAN VISUAL

– Tanggalkan baju dan coli, kemudian berdiri di hadapan cermin.

– Letakkan tangan di sisi dan perhatikan sebarang kelainan antara kedua-dua payudara.

– Angkat tangan, letakkan pada paha dan pastikan otot bahagian dada meregang. Tengok kedua-dua payudara dan perhatikan perbezaan.

2. PEMERIKSAAN SAMBIL BERDIRI

– Tanggalkan baju dan coli. Guna tangan kanan untuk memeriksa payudara di sebelah kiri.

Tekan buah dada secara perlahan-lahan dengan menggunakan tiga jari iaitu telunjuk, tengah dan manis.

– Periksan juga di bahagian bawah ketiak dan picit puting perlahan-lahan untuk memeriksa sebarang cecair yang keluar.

– Ulang langkah yang sama untuk memeriksa buah dada sebelah kanan.

3. PEMERIKSAAN SAMBIL BARING

– Ini merupakan kedudukan terbaik untuk memeriksa payudara kerana tisu merebak dengan lebih sekata.

– Caranya adalah baring dan letakkan bantal di bawah bahu kanan.

– Kemudian, letakkan lengan kanan di belakang kelapa. Gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan.

– Pastikan semua jari menekan buah dada secara perlahan-lahan dan picit puting untuk lihat sebarang pengeluaran cecair.

Rata-rata wanita mendapati ada ketulan atau perubahan namun ia merupakan perkara biasa kerana kitaran haid. Jangan panik dan dapatkan rawatan doktor sekiranya payudara kemerahan, panas, bengkak atau sakit.

Pemeriksaan payudara hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dan boleh dijadikan sebagai rutin harian anda. Wanita perlu melakukan pemeriksaan sendiri sebulan sekali selepas datang bulan.

Wanita yang telah menopaus dan mempunyai kitaran haid tidak teratur boleh memilih satu hari setiap bulan. Pilih hari yang konsisten dan mudah untuk diingati.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Untuk Kaum Wanita, Jangan Pakai Bra Salah Saiz. Kesannya Memang Bahaya!

Sumber: Mayo Clinic & Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×