Sihat

Jangan Panik Bila Didiagnos Ada Kanser Payudara, Tanya Dulu 6 Soalan Ini Pada Doktor…

1
SHARES
SOALAN UNTUK KANSER PAYUDARA

Artikel kali ini penulis ingin kongsikan beberapa soalan untuk kanser payudara yang anda boleh tanya kepada doktor jika didiagnosis masalah ini.

Kanser payudara adalah ‘pembunuh utama’ golongan wanita di negara ini dengan statistik mendedahkan bahawa satu daripada 19 wanita menghadapinya.

Baca juga: BAHAYA Pijak Batu Refleksologi Di Taman Kalau Tak Tahu Cara, Jangan Tersilap Langkah!

SOALAN UNTUK KANSER PAYUDARA, BOLEH TANYA DEKAT DOKTOR

SOALAN UNTUK KANSER PAYUDARA

Antara soalan untuk kanser payudara yang boleh ditanya kepada doktor adalah seperti di bawah ini.

1. Minta doktor terangkan dengan lebih terperinci

Meminta penjelasan terperinci tentang diagnosis kesihatan adalah penting kerana ia dapat membantu anda lebih memahami jenis dan peringkat kanser.

Antara maklumat penting adalah seperti:

  • Subjenis kanser
  • Jenis sel kanser
  • Saiz
  • Lokasi tepat
  • Boleh merebak atau tidak

2. Tanya mengenai matlamat rawatan

Seterusnya soalan untuk kanser payudara yang boleh ditanyakan kepada doktor adalah mengenai matlamat rawatan.

Sebagai contoh, doktor mungkin akan memberi jawapan eperti ini:

“Matlamat kami adalah untuk menghapuskan kanser menggunakan pembedahan, kemoterapi, dan terapi radiasi. Jika kanser itu tidak dapat diubati, matlamat kami adalah untuk mengawalnya, mencegah penyebaran selanjutnya dan menguruskan gejala untuk meningkatkan kualiti hidup anda.”

Jawapan seperti ini boleh membuatkan pesakit lebih tenang apabila mendengarnya.

3. Soalan untuk kanser payudara – risiko & faedah setiap rawatan dipilih

Mengetahui risiko khusus bagi setiap pilihan rawatan, seperti jangkitan atau kerosakan tisu daripada pembedahan adalah sangat penting.

Risiko dan faedah setiap rawatan sudah pastinya berbeza-beza dan anda perlu pilih yang paling bersesuaian dengan keadaan terkini kanser payudara tersebut.

4. Rawatan dan kualiti hidup

Soalan untuk kanser payudara yang selanjutnya adalah mengenai rawatan dan kualiti hidup. Buat anda yang tidak tahu, rawatan kanser boleh menjejaskan kehidupan seharian, termasuk:

  • Loya
  • Muntah
  • Perubahan rasa
  • Kurang selera makan
  • Keletihan
  • Tekanan emosi boleh mengehadkan penglibatan sosial

5. Soalan untuk kanser payudara – tanda rawatan berkesan

Mengetahui tanda-tanda keberkesanan rawatan boleh membuatkan anda lebih gembira. Antara tanda rawatan tersebut berjaya adalah:

  • Saiz tumor mengecil
  • Gejala bertambah baik
  • Tahap kesihatan semakin baik

Tanda-tanda di atas ini sangat penting semasa melakukan rawatan kerana ia boleh mengembalikan semangat untuk terus hidup.

6. Kesan jangka panjang

Akhir sekali, anda juga bertanya soalan untuk kanser payudara mengenai kesan jangka panjang rawatan yang diberikan.

Kajian mendapati bahawa rawatan kanser boleh membawa kepada:

  • Keletihan
  • Kerosakan saraf
  • Isu kognitif
  • Masalah kesuburan
  • Masalah jantung
  • Risiko mendapat kanser baru

Anda boleh mengurangkan risiko di atasi dengan strategi gaya hidup, terapi fizikal dan ubat-ubatan.

Kesimpulannya, soalan untuk kanser payudara di atas adalah sangat penting untuk ditanyakan kepada doktor agar anda dapat ‘bebas’ dari penyakit tersebut.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: “Bukan 2 Atau 3 Liter Air Sehari Diperlukan…” – Dr Malar Kongsi Cara Betul Kira Jumlah Sebenar

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×