Sihat

Wah! Memang Tak Disangka-Sangka, Ini 11 Makanan Yang Boleh Bantu Untuk Cegah Kanser

15
SHARES
MAKANAN CEGAH KANSER

Terdapat beberapa makanan cegah kanser yang boleh diamalkan untuk mengurangkan pertumbuhan kanser. 11 senarai di bawah sangat terbukti dalam mengekalkan kesihatan diri.

Selain menerima rawatan di hospital, pemakanan juga perlu dijaga agar sel kanser tidak merebak sehingga mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.

Baca juga: Nampak Sedap Tapi Trend Jual Air Balang Dalam Akuarium Boleh Undang Kanser!

11 MAKANAN CEGAH KANSER ANDA BOLEH AMALKAN

MAKANAN CEGAH KANSER

1. Ikan

Kajian mendapati ikan boleh membantu mengurangkan risiko kanser. Ikan tinggi lemak seperti salmon, makarel dan ikan bilis mengandungi vitamin D dan omega-3 sangat elok diamalkan.

Bukan itu sahaja, asid lemak omega-3 ini juga boleh menghalang perkembangan penyakit.

2. Bawang putih

Komponen aktif dalam bawang putih adalah allicin, sebatian yang telah terbukti mampu membunuh sel kanser. Pengambilan bawang putih dapat mengurangkan risiko kanser tertentu.

Berdasarkan penemuan ini, menambah 2–5 gram (kira-kira satu ulas) bawang putih segar ke dalam diet anda setiap hari boleh membantu meningkatkan kesihatan.

3. Tomato 

Lycopene adalah sebatian yang terdapat di dalam tomato dan berfungsi sebagai sifat anti kanser. Kajian mendapati bahawa peningkatan pengambilan likopena dan tomato boleh mengurangkan risiko kanser prostat.

Tambahkan satu atau dua tomato dalam makanan anda untuk mendapatkan khasiat tersebut.

4. Kunyit

Curcumin, bahan aktif di dalam kunyit boleh menjadi anti-radang, anti-oksidan dan juga anti-kanser. adalah bahan kimia dengan kesan anti-radang, antioksidan dan juga antikanser.

Curcumin juga boleh membantu membunuh sel-sel kanser di bahagian kepala dan leher. Tambah sekurang-kurangnya 1/2–3 sudu teh (1–3 gram) kunyit kisar setiap hari ke dalam makanan dan padankan dengan lada hitam.

5. Minyak zaitun

Minyak zaitun dapat merendahkan risiko kanser payudara dan kanser sistem penghadaman. Menukar minyak kepala sawit kepada minyak zaitun merupakan cara terbaik.

MAKANAN CEGAH KANSER

6. Kekacang 

Selain itu, kacang juga merupakan makanan cegah kanser yang boleh diamalkan. Penurunan risiko kanser kolorektal, pankreas dan endometrium boleh dikurangkan dengan pengambilan kacang.

Jangan lupa untuk makan semangkuk kacap setip hari.

7. Kayu manis

Kajian mendapati bahawa ekstrak kayu manis mampu mengurangkan penyebaran sel kanser. Ekstrak kayu manis menyebabkan kematian sel tumor.

Memasukkan 1/2–1 sudu teh (2–4 gram) kayu manis dalam makanan anda setiap hari adalah cara terbaik untuk mencegah kanser.

8. Buah beri 

Beri mempunyai sifat sebagai anti oksidan dan dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser. Kajian yang dilakukan terhadap penyakit kanser kolorektal, ia dapat dirawat dengan ekstrak buah beri selama tujuh hari.

9. Lobak merah

Kanser perut dapat dikurangkan sebanyak 26% sekiranya anda menambah lobak merah dalam masakan harian.

10. Brokoli

Brokoli mengandungi sulforaphane, sebatian tumbuhan yang mampu melawan kanser. Sulforaphane mengurangkan saiz dan bilangan sel kanser payudara sehingga 75%.

11. Kacang soya 

Akhir sekali, makanan cegah kanser yang boleh dicuba adalah kacang soya. Kajian di Jepun mendapati, ia boleh mengurangkan kanser payudara.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Doktor Kongsi Cara Guna Air Fryer Dengan Betul, Baru Lebih Selamat & Sihat!

Sumber: Healthline & Medical News Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×