Pemeriksaan kesihatan wanita secara berkala perlu dilakukan dan jangan sesekali memandang ringan perkara tersebut kerana boleh mengancam nyawa. Pemeriksaan awal boleh membantu mengesan penyakit dan mendapatkan rawatan awal supaya tidak menyebabkan komplikasi lain.
Untuk anda di luar sana yang tidak tahu apa pemeriksaan boleh dilakukan, ini lima pemeriksaan kesihatan wanita yang boleh dijalani. Jom baca!
Baca juga: “Ada Kencing Manis Boleh Puasa Ke?”- Doktor Kongsi 5 Perkara Penting Kena Ambil Tahu
5 JENIS PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA BOLEH JALANI, KENA BUAT
1. PEMERIKSAAN PAYUDARA
Wanita perlu memeriksa payudara mereka sendiri setiap bulan untuk memastikan tidak ada benjolan atau perubahan pada bentuk payudara.
Pemeriksaan payudara berkala dengan doktor atau pakar kesihatan juga penting untuk mengesan kanser payudara pada awalnya.
2. MAMMOGRAM
Wanita berusia 40 tahun ke atas disarankan menjalani mammogram setiap dua tahun sekali untuk mengesan kanser payudara. Walaupun tidak menyenangkan, tetapi ia membolehkan kita mengesan kanser pada peringkat awal kerana lebih mudah untuk dirawat.
3. PAP SMEAR
Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan kanser serviks. Ia perlu dilakukan setiap 3 tahun sekali setelah usia 21 tahun atau mengikut nasihat doktor.
Jangan biarkan rasa malu menghalang anda daripada melakukan pemeriksaan ini, kerana ia penting untuk kesihatan.
4. PEMERIKSAAN KESIHATAN REPRODUKTIF
Wanita disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan reproduktif mereka secara berkala. Ini membantu mengesan masalah seperti sista ovari, endometriosis, dan fibroid pada peringkat awal untuk menjaga kesuburan wanita.
5. PEMERIKSAAN DARAH
Pemeriksaan darah berkala adalah penting untuk mengesan penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, dan kolesterol tinggi. Pemeriksaan darah juga membantu mengesan masalah kesihatan lain yang mungkin tidak dapat dikesan dengan cara lain.
Itulah lima saringan kesihatan penting untuk wanita dan jangan biarkan rasa malu atau takut menghalang anda daripada melakukan saringan kesihatan ini.