Sihat

7 Petanda Anda Mungkin Dah ‘Terkena’ Kanser Serviks – Pakar

37
SHARES
tanda tanda kanser serviks

Kanser serviks adalah kanser ketiga paling tinggi dihidapi wanita di negara ini membabitkan 12 peratus daripada semua kanser yang dihidapi wanita selepas kanser payudara dan usus besar. Ianya adalah sejenis kanser yang berkembang pada serviks wanita dan lazimnya tidak mempunyai gejala pada peringkat awal.

Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain. Oleh yang demikian seorang doktor telah berkongsi di TikToknya @drnoordinofficial berkenaan dengan kanser serviks.

Baca juga: Patutlah Cepat Nampak Tua, Rupanya Ini 5 Risiko Selalu Tidur Lambat…

7 PETANDA ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI KANSER SERVIKS

Wanita yang merokok, mempunyai pasangan seks yang berbeza, pernah mengalami STI (sexually transmitted disease), memiliki beberapa orang anak, menghidap HIV atau pernah melalui pemindahan organ adalah antara golongan yang berisiko untuk menghidap kanser serviks.

Oleh itu, penting untuk para wanita melakukan ujian saringan bagi kanser serviks supaya kanser boleh dikesan pada peringkat yang lebih awal.

Jika anda alami gejala serviks di bawah dalam jangka masa yang berpanjangan, anda perlu berjumpa doktor dalam kadar yang segera. Antara tanda-tanda yang mungkin anda menghidapi kanser serviks adalah apabila:

1. Pendarahan selepas bersetubuh

Bleeding After Sex - Central Gynaecology

Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan wanita alami pendarahan selepas melakukan hubungan seksual. Antaranya ialah:

– Jangkitan seperti chlamydia ataupun penyakit inflamasi pelvis (pelvic inflammatory disease)
– Vagina kering
– Luka pada kawasan vagina yang disebabkan oleh kelahiran, kekeringan ataupun geseran ketika melakukan hubungan seks
– Polips (ketumbuhan kecil) pada bahagian rahim wanita. Polips ini boleh bersifat kanser ataupun bukan kanser. Doktor juga boleh membuang ketumbuhan yang sebesar 1 – 2 sentimeter ini jika ia bukan kanser.
– Inflamasi pada bahagian permukaan serviks.
– Wanita yang mengalami simptom ini juga mungkin akan rasa sakit ketika melakukan hubungan seks disebabkan tumor yang membesar pada kawasan rahim.

Hampir 11% daripada wanita yang menghidap kanser serviks mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan seksual.

2. Keluar cecair putih

Vaginal Discharge in Pregnancy: Causes, Types & Home Remedies

Wanita yang menghidap kanser serviks akan mengalami masalah keputihan yang abnormal. Cecair yang keluar melalui vagina mungkin berwarna pucat, coklat atau berdarah. Cecair tersebut juga selalunya lebih cair daripada biasa.

Pastikan anda terus berjumpa doktor jika anda:

– Mengalami keputihan yang berwarna atau berbau pelik
– Keputihan lebih banyak daripada biasa
– Rasa gatal atau sakit pada kawasan vagina
– Sakit ketika buang air kecil
– Jangkitan pada bahagian alat sulit juga boleh menyebabkan perubahan pada warna, bau dan rasa keputihan yang anda alami. Sebagai wanita, keputihan adalah sesuatu yang normal. Cecair ini mengekalkan kebersihan dan kelembapan vagina.

3. Pendarahan selepas menopause

6 Things That Increase Your Risk of Cellulitis

Salah satu tanda kanser serviks ialah pendarahan yang tidak normal pada kawasan vagina, lebih-lebih lagi pendarahan yang berlaku di antara dua haid. Pendarahan sebegini selalunya berlaku setelah kanser tersebut merebak ke kawasan tisu yang berdekatan.

4. Period tak stabil

4 Common Reasons You Might Be Experiencing Irregular Periods

Jika anda selalu mengalami pendarahan yang banyak ketika haid, masalah ini mungkin tidak akan merisaukan anda.

Namun, jika anda selalunya hanya datang haid selama 4 hingga 5 hari, namun secara tiba-tiba mengalami haid selama 9 hingga 10 hari, anda harus berjumpa doktor secepat mungkin untuk sesi konsultasi.

5. Sakit belakang

The One Thing Women With Back Pain Have in Common, New Study Says

Pesakit kanser serviks juga mungkin mengalami simptom sakit belakang yang terasa sampai ke kaki. Sakit ini mungkin diakibatkan oleh tumor yang menekan bahagian kelenjar limfa ataupun saraf pesakit.

Walau bagaimanapun, sakit belakang merupakan sesuatu yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jarang sakit belakang menandakan anda menghidap kanser. Namun, selalunya pesakit yang menghidap kanser akan mengalami kombinasi simptom ini bersama simptom yang lain.

6. Buang air besar berdarah

BAB Berdarah, Penyebab dan Cara Mengatasinya

Simptom ini berlaku disebabkan oleh tumor pada kawasan buah pinggang, pundi kencing atau usus besar yang bertindak menekan atau menghalang saluran kencing dan tahi atau kedua-duanya.

7. Kencing pedih

Elak Masalah Kencing Kotor Dengan 8 Cara Ini. Wanita Mudah Kena!

Simptom ini juga merupakan gejala yang biasa dialami oleh pesakit yang telah sembuh daripada kanser serviks. Sebahagian daripada mereka mengalami masalah untuk membuang air kecil yang berlarutan setelah menerima rawatan.

Semoga info ini dapat membantu anda!

Video penuh:

@drnoordinofficial

7 PETANDA KANSER CERVIX! #fyp #foryoupage #drnoordindarus

♬ Blade Runner 2049 – Synthwave Goose

Sumber: TikTok @drnoordinofficial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×