Famili

Patutlah Cepat Nampak Tua, Rupanya Ini 5 Risiko Selalu Tidur Lambat…

22
SHARES
5 risiko tidur lambat

Pada zaman sekarang, memang menjadi kebiasaan apabila ramai daripada kita yang tidur lewat. Mana tidaknya, pelbagai urusan di dunia yang perlu diselesaikan. Ada juga yang menghabiskan masa mereka di telefon pintar dan scroll media sosial.

Walaupun ada yang tidur awal tapi rata-ratanya waktu paling awal tidur sekarang ini pun adalah pada pukul 10 malam. Oleh yang demikian, seorang ahli farmasi telah berkongsi di halaman TikToknya @everlifefarmasi berkenaan dengan risiko tidur lambat.

Baca juga: Rupanya Ada 2 Cara Kurangkan Stretch Mark, Tak Payah Pening-Pening Dah

5 RISIKO TIDUR LAMBAT

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita kurang tidur, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Orang dewasa sememangnya digalakkan untuk tidur sekurang-kurangnya 6 hingga ke 8 jam sehari. Tidur merupakan lumrah bagi setiap manusia. Ianya sangat penting kerana membantu memastikan kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Tidur yang tidak mencukupi akan mengakibatkan badan terasa penat sekaligus memberi impak negatif terhadap aktiviti harian anda. Mental yang penat mampu menyebabkan tindak balas minda anda menjadi kurang tangkas manakala tubuh badan yang letih akan memberi impak negatif terhadap sistem imunisasi badan.

Oleh itu, anda tidak seharusnya memandang remeh terhadap tidur demi menghindarkan kesan-kesan buruk kepada badan serta memastikan hari-hari anda lebih bertenaga. Antara kesan buruk jika tidak cukup tidur adalah:

1. Berisiko untuk mendapat Alzheimer (nyanyuk)

2. Ketinggian terbantut.

3. Menghadapi masalah kulit.

4. Berpotensi naik berat badan.

5. Proses penuaan lebih cepat.

Oleh itu, tidurlah pada kadar yang sepatutnya iaitu sekitar 8 jam sehari. Jangan sesekali anggap bahawa waktu tidur anda adalah normal mengikut individu. Paling penting, kita perlu biasakan yang betul dan jangan betulkan yang biasa!

Video penuh:

@everlifefarmasi

SUKA TIDUR LAMBAT? #farmasi #farmasieverlife #tidur #lambat #tidurlambat #bahaya #dangerous #kesihatan #tubuhbadan #naksihat #mata #lemah #nyanyuk #beratbadanaik #beratbadan #tinggi #ingatan #berusia #tua #kulitmuka #jombelajar #learnontiktok #TikTokGuru #healthytips #weightloss #brunei #malaysia #indonesia #foryoupage #fyp

♬ original sound – XVX – XVX

Sumber: TikTok @everlifefarmasi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×