Cantik

Rupanya Ada 2 Cara Kurangkan Stretch Mark, Tak Payah Pening-Pening Dah

1.2K
SHARES
cara nak hilangkan stretch marks

Stretch mark memang sinonim dengan wanita mengandung. Ia terjadi apabila kulit menjadi regang akibat tekanan berlebihan apabila mengalami pertambahan berat badan secara drastik, terutamanya sewaktu hamil.

Biasanya stretch mark akan lebih ketara selepas bersalin dengan parut berwarna putih timbul di bahagian perut, punggung dan payu dara.

Baca juga: Cuba Teknik ‘Mewing’ Untuk Dapatkan Jawline Tajam, Macam Model!

APA ITU STRETCH MARK?

4 ways to reduce the appearance of your stretch marks - Etre VousTanda regangan kulit ini mampu menurunkan rasa keyakinan diri seseorang. Individu yang mengalaminya mungkin berasa buruk, tidak menarik lagi-lagi di hadapan pasangan.

Stretch marks atau turut dikenali sebagai tanda regangan kulit merupakan masalah kulit global yang dihadapi oleh ramai individu. Masalah kulit ini boleh mengganggu keyakinanan diri seseorang terutamanya bagi golongan kaum Hawa.

Stretch marks sering terbentuk pada paha, bawah lengan, dada dan perut. Bentuknya pula seperti bergerigi ataupun berjalur-jalur.

Ia sering muncul pada waktu kehamilan kerana lebih daripada setengah wanita hamil akan mengalaminya. Akan tetapi, stretch marks juga boleh terbentuk kerana faktor lemak dalam badan.

Contoh bagi faktor lemak seperti perubahan mendadak berat badan seseorang lalu stretch marks boleh terbentuk di paha serta perut.

CARA NAK HILANGKAN STRETCH MARK

Terdapat 2 cara yang boleh bantu menghilangkan stretch marks ini iaitu melalui prosedur dan juga krim.

1. Prosedur menghilangkan stretch marks adalah:-Laser Stretch Mark Removal, What You Need to Know– Terapi laser
– Radiofrekuensi
– Ultrasound
– Chemical peel
– Mikrodermabrasi
* Bagi mendapatkan hasil yang maksimum, dermatologi mungkin akan mencadangkan lebih daripada satu prosedur.

Walau bagaimanapun, prosedur-prosedur ini masih berisiko untuk mempunyai kesan sampingan jangka pendek walaupun dilakukan oleh golongan profesional.

Antara situasi yang boleh berlaku selepas mendapat rawatan ini ialah kebengkakan dan kemerahan pada kulit.

Setiap prosedur berbeza-beza mengikut stretch marks setiap individu dan pakar dermatologi akan memastikan anda mendapat rawatan yang bersesuaian dengan kondisi anda.

2. Penggunaan krim, gel dan losyen8 Best Stretch Mark Creams for PregnancyJika anda bercadang untuk mengunakan mana-mana krim, gel atau losyen bagi merawat tanda regangan kulit, pastikan anda melakukan perkara berikut:

Pakai secara konsisten. Produk harus selalu dipakai kerana masalah ini boleh mengambil masa yang lama untuk menampakkan kesan.

Gunakan ketika stretch marks mula terhasil. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawatkan? Oleh itu, tumpuan perhatian yang lebih kepada kulit badan anda dan ambil tindakan segera sekiranya tanda regangan kulit mula muncul.

Home - Fashion U WantPastikan anda betul-betul sapukan produk rata meresapi kulit. Bagi mendapatkan hasil yang efektif, ambil masa ketika meletakkan produk pada kulit

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan ubat preskripsi ini bagi merawat tanda regangan kulit:

How to Keep Body Butter From Melting– Tretinoin
– Asid hyaluronik
– Terdapat kajian yang menunjukkan dengan mengamalkan asid hyaluronic ini mampu memudarkan stretch marks.

Bagi tretinoin, ia turut dapat membantu dalam membuatkan kesan regangan tersebut kurang kelihatan.

Ada sebuah kajian melaporkan, individu yang mengamalkan tretinoin pada setiap malam selama 24 minggu menunjukkan pengurangan yang ketara berbanding mereka yang tidak mengamalkan apa-apa produk.

Retinol juga dikatakan dapat membantu memudarkan kesan-kesan awal regangan kulit.

Sumber: HelloDoktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×