Cantik

Cuba Teknik ‘Mewing’ Untuk Dapatkan Jawline Tajam, Macam Model!

10
SHARES
teknik mewing hilangkan double chin

Kebiasannya, sesiapa sahaja akan perasan berat badan mereka naik apabila kemunculan “double chin” semakin terlihat. Oleh yang demikian, ramai yang menjadi panik dan serta merta membuat diet yang melampau sehingga tidak makan nasi untuk menurunkan berat badan. Tetapi pernahkah anda terfikir untuk mendapatkan wajah yang anjal dengan cara yang lebih mudah dan sihat?

Rupa-rupanya ada alternatif lain untuk mengembalikan bentuk “jawline” yang tajam iaitu dengan melakukan teknik “mewing”. Seorang pengguna TikTok yang juga merupakan doktor gigi, @dr.denisechan_oe telah berkongsi cara orang barat menghilangkan “double chin”.

Baca juga: Bongkok Badan Punca Sembelit? Ini Tips Untuk Dapatkan Postur Badan Tegak & Cantik!

3 TEKNIK NAK HILANGKAN “DOUBLE CHIN”

Teknik mewing ini berasal dari Dr John Mew, iaitu seorang British Orthodontist. “Mewing” melibatkan meletakkan lidah pada lelangit sambil menutup bibir dan menyusun gigi. Faedah yang sepatutnya “mewing” adalah termasuk rahang yang lebih tajam sekaligus membuat bentuk hidung dan dagu lebih simetri.

1. Rapatkan seluruh lidah ke arah lelangit.

2. Fokus tekanan lidah ke belakang supaya tidak tekan pada gigi depan. Seumpama tekanan dari vakum.

3. Tutup mulut dan bernafas menggunakan mulut sahaja.

Selamat mencuba dan lihatlah hasilnya dalam 2 bulan jika di amalkan selalu!

Video penuh:

@dr.denisechan_oe

🆘TAG KAWAN2 YG DOUBLE CHIN🆘 #mewingtechnique asal dari Dr John Mew (British Orthodontist) tutorialcredit: carolinehannibal #mewingtutorial #mewingtransformation #mewing #mewingchallenge #dentist #dentistmalaysia #tiktokdentist #doktorgigi #doktormalaysia #doktorgigimalaysia #dentistry @tiktok_malaysia #fyp #foryoupagemalaysia #fypmalaysia #foryoupage #tiktokmalaysia

♬ AIN’T GONNA STOP – Carol Kay

Sumber: TikTok @dr.denisechan_oe

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×