Famili

Cantik Luar, Cantik Dalam – Haus Cosmetics Perkenal Beaubright, Formulasi Dari Switzerland

54
SHARES

Memiliki wajah yang cantik sememangnya menjadi idaman ramai orang. Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga menginginkan paras rupa yang menawan. Jika penampilan terjaga, pastinya keyakinan diri itu lebih tinggi bukan?

Tahukah anda? Kecantikan bukan la dilihat dari luaran, tetapi juga dalaman. Kali ini kami mahu kongsikan sesuatu yang pasti buatkan anda teruja untuk menjaga penampilan diri selepas ini.

Haus Cosmetics perkenalkan produk baru, Beaubright, formulasi dari Switzerland

Surprise! Baru-baru ini, jenama kosmetik halal tempatan, Haus Cosmetics memperkenalkan produk terbaharunya, Beaubright yang diformulasikan bersama teknologi dari Switzerland. Sambutan yang hangat!

Apa sebenarnya Beaubright ini? Sampaikan ramai yang puas hati setelah menggunakannya. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Mari kita tengok!

Beaubright menghasilkan kulit yang kelihatan awet muda

Buat pengetahuan anda semua, Beaubright adalah suplemen kecantikan yang dirumus khas bagi mencerahkan dan menjadikan kulit kelihatan awet muda.

Ditampilkan dua jenis produk iaitu BeauBright Jelly dan Brightening Retinol Cica Serum, produk ini turut mendapat pengiktirafan GMP. Hasil yang mengejutkan, kulit menjadi cerah dan sihat!

Beaubright dirumus khas dengan bahan seperti ekstrak campuran beri, Dracobelle™, Hithion™, vitamin A, B, D dan asid folik serta campuran sumber mineral seperti kalsium dan magnesium. Tona kulit lebih sekata, terserlah keremajaan dan kulit lebih terhidrat.

Ramai yang cukup berpuas hati dengan Beaubright kerana rasa campuran beri seperti strawberi, beri biru, anggur hitam dan bearberry. Selain itu, ia mudah digunakan dan disahkan halal.

Sebenarnya ada rahsia hebat di sebalik penghasilan Beaubright ini. Mahu tahu apa dia?

Kerjasama hebat antara Pengasas dan Pengarah Haus Cosmetics, Puan Eiyma Jalil dari Malaysia dan Pengasas Mibelle Biochemistry, Dr. Fred Zulli dari Switzerland

Siapa sangka? Terhasilnya Beaubright sebenarnya atas kerjasama dua insan dari negara yang berbeza. Terkejut betul!

Suplemen dengan formulasi unik ini adalah hasil kolaborasi Pengasas dan Pengarah Haus Cosmetics, Puan Eiyma Jalil bersama seorang saintis dari Switzerland yang merupakan Pengasas Mibelle Biochemistry, Dr Fred Zulli.

Beaubright diperkaya dengan bahan hithion sebagai ejen pencerahan serta dracobelle. Oleh itu, kulit akan menjadi lembap dan penghalang kulit juga diperkuat.

Melalui teknologi dari Switzerland, Beaubright dapat meningkatkan kesihatan kulit dari dalam sekali gus mempercepatkan kecerahan kulit. Bersama Beaubright, kulit tampil lebih berseri yang luar biasa!

Paling mengejutkan, ada seorang artis terkenal turut hadir di majlis pelancaran Beaubright. Siapa agaknya?

Penyanyi lagu tema Haus Cosmetics, Marsha Milan turut hadir!

Wah, ada Marsha Milan! Tahu tak? Marsha Milan adalah penyanyi lagu tema Haus Cosmetics. Kami berpeluang menyaksikan persembahan hebat dari Marsha sewaktu majlis pelancaran Beaubright. Memang terbaik!

Bersama Beaubright, anda akan lebih ‘Cantik Luar, Cantik Dalam’ selepas ini. Kongsikan keistimewaannya kepada keluarga dan rakan-rakan anda juga ya.

Jika anda mahukan info lebih lanjut, anda boleh klik mana-mana link di bawah. Jangan lupa like dan follow media sosial Haus Cosmetics untuk ketahui perkembangan terkini mereka!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×