Asuh

Banyak Manfaat Bagi Finger Food Kepada Si Kecil & 4 Resepi Sedap Boleh Dicuba

16
SHARES
FINGER FOOD

Finger food atau makanan jejari untuk bayi sangat penting kerana ia boleh membantu proses perkembangan dan kemahiran. Walaupun memberi si kecil makan secara sendiri boleh menyebabkan keadaan menjadi huru-hura namun itu adalah jalan terbaik  boleh dicuba.

Jadi, berikut penulis kongsikan kepentingan memberi finger food dan resepi yang boleh dicuba untuk hidangan mereka. Pastikan pilih makanan yang bersesuaian agar tidak tercekik.

Baca juga: Senarai Rancangan Kartun Yang Ada Unsur Negatif, Elak Anak Tengok!

KEPENTINGAN BAGI FINGER FOOD UNTUK SI KECIL

FINGER FOOD

Sifat seorang bayi adalah suka meneroka perkara baru dan ini termasuk makanan yang diberikan oleh ibu. Antara manfaat finger food untuk si kecil adalah dapat menguatkan cengkaman, meningkatkan kemahiran mengunyah, merasai pelbagai tekstur makanan dan menyokong koordinasi mata serta tangan.

Selepas beberapa hari cerai susu badan, ibu boleh perkenalkan 3 hidangan makanan dengan jumlah yang kecil. Makanan jejari boleh diberikan bagi memenuhi keperluan zat besi dan protin anak

Bayi memerlukan tenaga dan nutrien yang banyak untuk menyokong perkembangan mereka. Jadi, finger food boleh diberikan setiap 2 hingga 3 jam sepanjang hari.

Pemilihan finger food sangat penting kerana risau akan menyebabkan anak tercekik jika dibiarkan makan secara sendiri. Boleh mulakan makanan jejari dengan memberi buah-buahan dan sayuran-sayuran untuk menarik minat mereka.

Selain itu, boleh juga berikan protin bersesuaian seperti ayam goreng jejari, telur rebus, roti telur dan lain-lain. Pastikan potong makanan mengikut keselesaan si kecil supaya mudah dipegang.

Dengan memberikan makanan jejari, kemahiran menyuap makanan sendiri dapat diwujudkan. Dalam masa yang sama, si manja pasti lebih mendapat kepuasan ketika makan.

RESEPI MAKANAN JEJARI BOLEH DICUBA

1. Potato fingers

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • Carrot
  • Tepung jagung
  • Ayam cincang
  • Pakchoy
  • Serbuk ayam

Cara penyediaan:

– Potong kentang dan rebus sehingga empuk.

– Lenyekkan kentang, masukkan carrot, pakchoy, ayam cincang, tepung jagung dan serbuk ayam.

– Bentukkan seperti jejari dan bekukan sekejap.

– Sedia untuk digoreng.

2. Chicken veggies omelette

Bahan-bahan chicken veggies:

  • Telur
  • Ayam cincang
  • Carrot
  • Pakchoy
  • Chicken powder

Cara penyediaan:

– Pecahkan telur dan campur semua bahan lain.

– Goreng dalam pan sehingga masak dan sedia untuk dihidangkan.

3. Potato wedges

Bahan-bahan potato wedges:

  • Kentang
  • Mix herbs
  • Cheese powder
  • Tepung jagung

Cara penyediaan:

– Potong kentang sebentar. Kalau empuk sangat nanti goreng jadi hancur.

– Tabur mix herbs dan cheese powder.

– Salut dengan sedikit tepung jagung kemudian goreng sehingga garing.

4. Garlic bread

Bahan-bahan:

  • Roti gardenia (potong panjang-panjang seperti jejari)
  • Bawang putih 1 ulas
  • Parsley flakes
  • Unsalted butter

Cara penyediaan:

– Tumbuk bawang putih sehingga lumat.

– Tumiskan bawang putih bersama sedikit butter. Jangan tumis sampai hangit.

– Kemudian, campurkan bahan tumisan ke dalam satu mangkuk butter.

– Taburkan sedikit parsley flakes dan gaul hingga sebati.

– Sapu atas roti dan bakar sehingga garing mengguna oven atau non-stick pan.

– Sedia untuk dihidangkan.

Mudah kan? Sudah tentu akan menjadi makanan jejari kegemaran si manja.

Baca juga: 10 Tanda Ibu Ayah Ada Sifat Suka Banding-Bandingkan Anak, Tanpa Sedar Dah Buat Rupanya

Sumber: Little Dish, The Bump & Kidshealth

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×