Dapur

5 Jenis Juadah Yang Simple & Sesuai Dibawa Ketika Travel Bersama Anak-Anak

75
SHARES

Musim cuti sekolah telah tiba! Inilah masanya untuk ibu bapa meluangkan waktu bersama anak-anak dengan membawa mereka berjalan-jalan. Bila bawa anak-anak berjalan, pastinya perut seisi keluarga juga perlu diisi dengan makanan yang enak bukan? Tidak perlu makanan yang terlampau berat, ibu bapa boleh juga menyediakan makanan yang dipanggil ‘finger food’ sebegini supaya mudah dimakan di dalam kereta saja.

1. Nasi Lemak Burger

Pernah viral suatu ketika dahulu, burger nasi lemak menjadi kegemaran sesiapa sahaja. Bukan sahaja rasanya yang enak, hidangan sebegini juga dapat mengenyangkan perut anak-anak jika berada dalam tempoh perjalanan yang lama.

Resipi nasi lemak burger : http://myresipi.com/recipes/nasi-lemak-burger

2. Bergedel Ayam

Selain dari makanan berat, menyediakan makanan finger food seperti bergedil juga sesuai dibawa ketika berjalan-jalan. Mudah sahaja untuk disediakan, bergedil ayam ini sudah semestinya akan digemari oleh anak-anak kerana rasanya yang enak.

Resipi bergedel ayam : http://myresipi.com/recipes/bergedel-ayam

3. Coney Dog

Selalu anda hanya pesan coney dog ini di restoran makanan segera sahaja kan? Mudah sahaja sebenarnya untuk buat coney dog ini di rumah. Anak-anak pastinya suka dan kenyang dengan menu ini yang sesuai dimakan ketika berjalan-jalan.

Resipi coney dog : http://myresipi.com/recipes/coney-dog

4. Roti Tortila Gulung

Mungkin ramai dalam kalangan anak-anak yang tidak biasa dengan menu seperti tortilla gulung ini. Oleh itu, apa kata anda cuba buat hidangan sebegini khususnya sebagai menu sarapan atau sebagai ‘makanan travel’. Memang kenyang!

Resipi tortila gulung : http://myresipi.com/recipes/roti-tortila-gulung

5. Nasi Goreng Mentega

Kalau anak-anak memang tidak gemar dengan roti dan memilih untuk makan nasi, apa kata anda buat bekalan nasi goreng mentega. Terimbau kenangan ketika berada di kampung bukan? Nasi goreng mentega ini sangat sesuai dimakan ketika anda membawa anak-anak berjalan dalam tempoh yang lama.

Resipi nasi goreng mentega : http://myresipi.com/recipes/nasi-goreng-mentega

Sumber : MyResipi.com

To Top
SKIP THIS AD ×