Tibanya musim cuti sekolah adalah dimana anak-anak akan berada di rumah sepanjang hari. Bukan sahaja perlu dipenuhkan dengan aktiviti, perut mereka pun perlu dipenuhkan juga betul tak? Selain nasi, menu hidangan seperti mee goreng turut menjadi kegemaran anak-anak untuk dijadikan santapan pagi atau petang. Jadi, apa kata anda cuba buat mee basah sendiri dimana lebih dijamin bersih dan boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak. Tak perlu was-was dan beli di kedai lagi!
Bahan-bahan dan resepi
Masa cuti, macam-macam plan nak masak. Teringin nak makan mee goreng basah.. kat Arab saudi ni takde mee kuning.. jadi saya buat sendiri. Jom kita buat mee sendiri, murah, bersih dan tentu halal.
500gm tepung gandum
1 biji telur
1/2 sd kecil garam
1/2 sd kecil air abu/ air kapur
Pewarna kuning
1/2 cawan air ( boleh tambah sikit2 kalau doh keras)
CARA-CARANYA
1.Campurkan garam.
2.Air..air kapur.. kuning telur..masukkan air dalam tepung uli hingga jadi doh..
3.Jangan lembut sangat, biar keras sikit. Biarkn selama 15 minit, bulat-bulatkan..baru leperkan dengan mesin.
4.Saya guna no 6..no 4 dan no 2..taburkan tepung keatas doh yang leper. Buat sampai habis doh..baru mesinkan ke mata mee..rebus sekejap.
5.Toskan.. basuh dengan air sejuk..toskan, letak minyak dan biarkan sejuk.. dah jadi mee kuning. Jom kita buat mee goreng basah.
Sumber : Ija Honey