Dapur

Rangup Di Luar, Cair Di Dalam. Jom Buat Roti Goreng Inti Milo Yang Simple Tapi Sedap

8K
SHARES

Bila tiba musim cuti begini, mulalah mak-mak kehabisan idea nak masak apa lagi di rumah. Meriah memang meriah, tapi biasalah budak-budak kalau di rumah memang asyik minta makan aja, lebih-lebih lagi kalau dia aktif bermain dan melompat sana sini.

Stok yang selalu tersedia dah tentulah roti kan? Tapi kadang-kadang mereka pun jemu juga nak makan roti macam biasa. Roti telur dah buat, roti sardin dah buat, apa kata kita cuba roti goreng inti Milo ni.

Resepi roti goreng inti Milo ini dikongsikan oleh Puan Atika Aula. Katanya memang sedap makan panas-panas lepas goreng tu. Rangup di luar, lembut dan cair di dalam. Serius terangkat!

Jadi apa tunggu lagi, jom kita tengok bahan-bahannya.

Resepi Roti Goreng Inti Milo Yang Simple Tapi Sedap

Senang sangat. Dah nama pun roti goreng inti Milo kan, so yang penting kena ada 2 bahan utama ni.

Bahan-bahan

  • Roti
  • Serbuk Milo

Cara-cara

Cara-caranya pun semudah ABC je. Macam orang buat aiskrim goreng. Tapi kita guna serbuk Milo je buat intinya.

Boleh bayangkan tak? Ini kami kongsikan cara penyediaannya step-by-step.

1. Lenyekkan Roti

Pertama sekali, ambil roti keping tu dan lenyekkan bagi padat. Bila padat tu, barulah kurang serap minyak bila digoreng nanti.

Boleh lenyek guna cawan atau gelas kalau tak ada roller tu.

2. Bancuh Serbuk Milo

Kemudian kita ambil sedikit serbuk Milo dan bancuhkan dengan air suam. Jangan cair sangat, bancuhan tu biar agak-agak likat sikit supaya tak terlalu meresap pada roti.

3. Bubuh Inti Milo Dekat Roti

Seterusnya bolehlah bubuhkan milo tadi pada roti. Jangan penuh sangat seba, takut susah nak tutup roti tu. Nanti bila goreng terbuka pula dalam kuali.

4. Tekapkan

Kemudian, bolehlah tekapkan guna cawan bulat. Pusing-pusing sampai tercabut sendiri.

Kalau korang ada acuan 4 segi lagi jimat roti tu. Atau mungkin boleh juga tutup tepinya begini, guna garfu tekan-tekan tepinya bagi tertutup rapat.

5. Goreng

Akhir sekali, gorengkan dalam minyak panas. Pastikan minyak betul-betul panas ya, baru masukkan roti supaya tak serap minyak.

Goreng tak perlu lama, asal nampak keperangan dah boleh angkat.

Siap!

Inilah hasilnya… Wah, mesti ramai yang dah terliur nampak coklat daripada Milo tu.

Ini sebenarnya ter’over’ letak Milo sampai terkeluar bila goreng. Apapun, memang sedap dan layan sangat.

Inilah rupanya bila dibelah. Boleh bayangkan tak bila masuk mulut tu… Fuh!

Masing-masing mesti ada stok roti keping dan Milo dekat rumah kan?

Senang je nak buat roti goreng inti Milo rupanya. Sesekali tukar menu pun best juga. Bukan anak-anak je yang suka, seisi keluarga mesti seronok bila dapat hidangan minum petang macam ni.

Selamat mencuba!

*Resepi roti goreng inti Milo ini dikongsikan oleh Puan Atika Aula menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk pertanyaan lanjut dan lebih banyak resepi menarik, boleh follow beliau di SINI.

 

To Top
SKIP THIS AD ×