Dapur

Serius Sedap Roti Basque Burnt Cheese Topping Ni! Rupanya Senang Je Nak Buat

3.6K
SHARES

Ramai yang dah tahu dan suka sangat makan basque burnt cheese cake kan?

Rupanya ada pula olahan terbaru yang menggunakan adunan tersebut untuk disapu pada roti.

Sekali pandang pun nampak sedap sangat!

Jadi, apa kata kita cuba resepi roti keping dengan sapuan basque burnt cheese yang dikongsikan oleh saudari Ida Osman di bawah ini.

Resepi Roti Basque Burnt Cheese Topping

Serius sedap sangat pada tekak saya.

Alhamdulillah tak sedar dah berkeping-keping masuk perut.

Jom saya kongsikan bahan-bahan dan resepinya di sini.

Bahan-bahan

* Kuantiti bahan untuk sapuan 8-10 keping roti

  • 100gm cream cheese
  • 2 keping keju cheddar disiat-siat
  • 40gm susu cair
  • 40gm gula kastor
  • 20gm butter tawar (unsalted butter)
  • 2 biji kuning telur
  • 1/4 sudu teh esen vanila

Cara-cara

1. Panaskan Cheese & Susu

Dengan menggunakan api perlahan, mula-mula panaskan crream cheese, keju cheddar / keju slice dan susu hingga keju-keju tu cair.

Mesti sentiasa kacau bagi mengelakkan keju hangus ya.

2. Masukkan Gula

Kemudian masukkan gula dan kacau hingga larut.

3. Masukkan Butter

Setelah gula larut masukkan unsalted butter.

Lepas tu kacau hinggalah butter sebati dalam adunan.

4. Masukkan Kuning Telur

Kemudian baru masukkn kuning telur.

Kacau tanpa henti hingga adunan pekat seperti kastad.

roti dengan basque burnt cheese

5. Masukkan Esen Vanila

Matikan api dan masukkan esen vanila.

Kacau lagi hingga esen vanila dah sebati dalam adunan.

6. Sapu Atas Roti

Bila dah siap adunan tu, dah bolehlah sapu kastad ni di atas roti.

Sapu ikut sukalah bergantung pada selera masing-masing. Pada saya kalau lagi tebal kastad lagi sedap rasanya.

roti dengan basque burnt cheese

7. Bakar

Akhir sekali bolehlah kita bakar.

Susun dalam dulang pembakar dan bakar suhu 200 kira-kira 10 minit atau sehingga bahagian topping kelihatan hangus.

NOTA: Jangan bakar terlalu lama sebab nanti kastad keju tu akan mengering.

roti dengan basque burnt cheese

Siap!

Ok dah siap, macam ni hasilnya.

Fuhh, nampak sedap betullah…

roti dengan basque burnt cheese

Mudah kan nak buat roti dengan sapuan basque burnt cheese topping ni?

Bolehlah cuba di rumah, memang simple sangat cara nak buatnya.

Siapa yang tak suka makan cheese cake pun, rasanya mesti akan suka makan roti dengan basque burnt cheese topping ni.

Tak payah nak tunggu lama macam buat kek tu, kejap je dah siap.

Sesekali dah boring makan roti kat rumah tu bolehlah sangat cuba resepi ni kan?

Selamat mencuba!

*Resepi roti dengan basque burnt cheese topping ini dikongsikan oleh saudari Ida Osman menerusi Facebook. Rujuk perkongsian asal beliau di SINI untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan resepi.

Most Popular

To Top