Dapur

Resepi Bihun Sup Utara Simple Tapi ‘Power’, Rebus Je Semua Bahan Dalam Periuk!

1.3K
SHARES
Resepi bihun sup utara

Selalu buat bihun sup biasa je kan… So apa kata sesekali kita cuba buat bihun sup utara pulak.

Sebelum tu, nak tahu tak apa bezanya bihun sup utara ni dengan bihun sup biasa?

Ada 2 perkara utama yang unik tentang bihun sup utara iaitu:

  • Bihun sup utara ni cabainya mesti merah berbanding sambal kicap warna hitam yang biasa tu.
  • Lagi satu bihunnya pulak mesti warna kuning, bukannya putih.

Siapa dah biasa makan mesti dapat bezakan keunikan rasa antara bihun sup biasa dengan bihun sup utara.

Jadi jom kita tengok resepi bihun sup utara yang simple tapi power oleh Puan Zaini Talib.

Resepi Bihun Sup Utara (Sup Tulang)

Jom tengok resepi bihun sup utara yang mudah beserta bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap penyediannya di bawah ini.

A. Untuk Bihun Kuning

Bahan bahan

  • 1 peket bihun
  • 1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit

Cara Rebus Bihun

  1. Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit tadi.
  2. Bila dah agak lembut bihun tu, terus bilas dengan air paip dan kemudian ditapis/ toskan.

B. Untuk Sup Tulang

Bahan-bahan

  • 1 kilo tulang (dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak lagi sedap supnya)
  • 2 batang serai ketuk
  • Halia lebih kurang 2 inci atau 3 inci diketuk
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
  • Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
  • 3 bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • Sedikit batang daun sup
  • Air secukupnya untuk menutupi daging.

*Kalau nak kuah lagi banyak, lebihkan ya bahan-bahan sup di atas.

Barulah kuah sup pekat dan lagi ‘kick’!

Cara Rebus Sup Tulang

Cara nak buat sup tulang ni senang sangat sebenarnya.

Ini cara saya buat:

  1. Masukkan semua bahan bahan didalam periuk.
  2. Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.
  3. Selepas sup dah masak, boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup. Baunya lebih wangi dan sup nampak sangat menyelerakan.

*Tapi ada orang mungkin tak suka kalau terlalu banyak bahan dalam sup, jadi kalau tak nak buat pun tak apa.

Ini gambar sup tulang sebelum direbus.

Ini pula hasil rebusan supnya bila dah siap.

resepi bihun sup utara

C. Untuk Cabai Merah

Bahan-bahan

  • Cili kering yang telah siap di kisar atau boleh juga guna cili boh.
  • Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
  • Asam keping / air asam jawa / cuka
  • Garam
  • Gula

Cara Buat Cabai Merah

  1. Tumis bawang terlebih dahulu.
  2. Kemudian masukkan cili.
  3. Masak sampai pecah minyak.
  4. Masukkan asam keping / air asam jawa / cuka.
  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.
  6. *Boleh juga masukkan sedikit sos cili jika tak nak masukkan gula.

D. Bahan-bahan Sampingan

Resepi bihun sup utara memang tak lengkap tanpa bahan-bahan sampingan untuk dihidangkan bersama.

Bahan-bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun sup utara adalah:

  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Lobak masin
  • Bawang goreng
  • Tauhu digoreng

Cara-cara

  1. Hiris kecil / potong dadu kesemua bahan di atas.
  2. Hidangkan bersama bihun sup utara.

Dah siap bolehlah makan bersama semua bahan tadi.

Memang Sedap & Power Baq Ang!

Menarik kan hasilnya? Buat kita rasa terliur pula nak cuba.

Anak-anak pun mesti suka sebab sup ni sememangnya antara makanan favourite mereka.

Jadi jangan tunggu lagi, lepas ni bila teringin boleh je buat sendiri dekat rumah. Dah tak payah nak cari dekat warung atau restoran lagi. Simple je kan?

resepi bihun sup utara

Jom savelah resepi ini dan cuba buatbila berkesempatan nanti ya.

Pastinya takkan mengecewakan.

 

*Resepi bihun sup utara ini dikongsikan oleh Puan Zaini Talib. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan resepi, rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×