Dapur

Resepi Scone Paling Simple Guna 3 Bahan Je. Sedap Macam Kat Cameron Highlands!

9.1K
SHARES

Ada yang suka makan scone tak dekat sini?

Mesti ada kan…

Selalunya kita boleh jumpa scone ni dekat bakery atau kafe-kafe.

Rasa scone pulak biasanya tak manis, tawar macam roti putih cuma tekstur dia berbeza. Tak lembut, tak keras. Lebih kurang flakey macam tulah.

Scone memang sedap bila dimakan dengan jem atau whipped cream.

Ada yang kosong, ada juga yang mengandungi kismis.

Sesekali kalau makan scone ni memang teringat Cameron Highlands. Minum pula dengan teh… Wah, syahdu je rasa!

Sebenarnya senang sangat nak buat scone sendiri di rumah.

Jom tengok resepi scone paling mudah yang dikongsikan oleh Puan Umie Nurhayati ini. Guna 3 bahan je dah boleh buat tau!

Resepi Scone 3 Bahan Paling Mudah & Sedap

Ni saya nak share resepi scone paling ringkas tapi cukup sedap.

Memang ada banyak resepi lain tapi yang ini memang mudah untuk kita buat sendiri dan puas makan.

Kalau beli dekat Cameron Highlands ni pun dah RM4 seketul.

Jadi apa lagi, jom tengok resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan

  • 115g mentega (sejuk)
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan krim @ susu segar

*kalau nak manis boleh bubuh gula perang sikit

Cara-cara Buat Scone

1. Gaul Tepung Dengan Mentega

Mula-mula gaulkan tepung bersama mentega.

resepi scone

Gaulkan sebati sehingga jadi macam serbuk roti.

resepi scone

2. Masukkan Susu & Uli

Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit.

Uli sampai jadi doh dan tak lembik.

3. Canaikan Doh

Canaikan doh tipis sikit.

Lepas tu lipat macam korang lipat baju tu.

Uli balik doh dan ikut langkah pertama tadi tu.

4. Terap / Bentukkan

Sekarang boleh terap doh guna acuan bulat.

Jangan risau kalau tak ada acuan, boleh bulat-bulatkan guna tangan je senang.

5. Sedia Untuk Bakar

Susun di atas dulang pembakar, tak payah nak jarakkan sangat pon tak apa.

Sapu permukaan scone dengan telur yang dicampur dengan sedikit susu segar.

6. Bakar

Bakar pada suhu 250° c selama 15 minit atau sehingga bahagian atas keperang-perangan.

Jangan bakar sampai garing pulak ye nanti keras kejung scone tu nanti.

Siap!

Bila dah siap, macam nilah rupanya…

Makan panas-panas lagi sedap. Hidangkan bersama jem strawberi, sedikit butter dan krim putar.

Makan dengan coklat atau jem buah-buahan lain pun boleh, ikut citarasa masing-masinglah ye.

Mudah kan?

Selamat mencuba!

[ Baca juga : Dah 2 Minggu Pun Masih Segar! Ini Cara Simpan Strawberi Tahan Lama, Tak Berkulat & Berair ]

[ Baca juga : Resepi Roti Puri Paling Simple Tanpa Yis. Tetap Kembung & Menjadi Elok Je ]

[ Baca juga : Cara Buat Lasagna Paling ‘Simple’ Guna Roti Gardenia. Terliur Tengok! ]

*Resepi scone ringkas ini dikongsikan oleh Umie Nurhayati melalui Facebook Masak Apa hari Ni (MAHN). Jika ada sebarang pertanyaan mengenai resepi, sila rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×