Dapur

Resepi Roti Puri Paling Simple Tanpa Yis. Tetap Kembung & Menjadi Elok Je

150
SHARES

Agak-agak dah boring tak tahu nak masak apa untuk sarapan, apa kata ibu-ibu cuba resepi roti puri yang sangat mudah ni.

Bagi yang belum pernah cuba, mesti cuba sebab roti puri ni memang sedap sangat!

Rasanya lembut di dalam dan sedikit garing di luar.

Sesuai untuk dicicah dengan kari, sambal, sardin, gulai atau kalau yang suka manisan boleh juga dimakan dengan sekaya.

Sebenarnya roti puri ni kalau diratah macam tu je pun dah sedap.

Resepinya pulak memang simple sangat.

Jom kita tengok resepi roti puri tanpa yis yang dikongsikan oleh Nor Sharawana Idris Syara ini.

Resepi Roti Puri Tanpa Yis

Bahan-bahan

  • Tepung gandum – 3 cawan
  • Gula – 1 sudu besar
  • Garam – 1 sudu kecil
  • Marjerin – 1 sudu kecil
  • Air suam – 1 cawan
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara

1. Buat Doh

Mula-mula kita masukkan tepung, garam, marjerin dan gula. Gaul rata.

Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Asalkan jangan lembik.

Uli sampai doh tak lekat di tangan.

Resepi roti puri

2. Rehatkan Doh

Biar kejap dalam 10-15 minit untuk bagi doh rehat.

[Baca jugaResepi Roti Nan Gebu Simple Sangat. Bubuh Cheese Lagi Sedap]

3. Bentukkan

Kemudian tarik doh buat bulat bulat kecik.

Canai leper macam dalam gambar di bawah ni.

resepi roti puri

4. Goreng

Kemudian terus masukkan doh yang telah dicanai ke dalam minyak yang betul-betul panas.

Guna api sederhana ya.

Tengah goreng tu siramlah minyak panas atas puri biar gemuk mengembung.

Resepi roti puri

5. Siap!

Agak-agak dah masak tu bolehlah angkat.

Kemudian ulang balik sampai habis semua doh tadi.

Lepas tu bolehlah hidangkan.

Tips Nak Bagi Puri Kembung Elok

  1. Minyak mesti betul-betul panas. Bukan panas macam baru bukak api.
  2. Waktu goreng, guna api sederhana.
  3. Sambil goreng, curah minyak panas tu bnyk kali atas roti puri sampai dia kembung sendiri.
  4. Masa canai tu tak payah nipis sangat pun tak apa.

Mudah kan?

Jadi jangan lupa resepi roti puri tanpa yis yang sangat mudah ni… Dah cuba sekali mesti nak buat lagi.

Confirm anak-anak pun suka makan roti puri ni.

Selamat mencuba!

[Baca jugaCara Buat Kulit Tortilla Homemade. Guna 3 Bahan Je, Jimat & Sedap! ]

*Kredit resepi: Nor Sharawana Idris Syara via Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN)

Most Popular

To Top