Dapur

Resepi Roti Nan Gebu Simple Sangat. Bubuh Cheese Lagi Sedap

3.4K
SHARES

“Kadang tu rasa boring jugak kalau asyik makan nasi… Rasa teringin nak makan roti, lagi best kalau yang ada cheese atau garlic tu. Fuhh, kalau dapat panas-panas, ratah macam tu je pun dah sedap kan?”

Memang sedap makan roti nan. Tapi nak mencarinya satu hal jugak…

Tak banyak kedai yang ada jual. Kadang tu rasa tak kena dengan tekak kita.

Jadi, jom cuba buat sendiri ikut resepi roti nan Puan Fatihah Hamid ni.

Nampak mudah. Memang gebu-gebas hasilnya!

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara nak buat roti nan  selengkapnya.

Resepi Roti Nan Simple. Gebu Sangat, Bubuh Cheese Lagi Sedap!

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum, hibu guna bakers choice
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread improver atau boleh guna baking powder
  • 1+1/4 cawan air
  • 3 sudu besar minyak masak / Olive oil (saya campurkan)

Cara-cara

1. Adun Semua Bahan Menjadi Doh

Mula-mula gaulkan semua bahan dan adunkan sehingga menjadi doh.

2. Rehatkan Doh 30 Minit

Lepas tu tutup doh dan rehatkan lebih kurang 30 minit.

Doh akan naik hingga 2 kali ganda.

resepi roti nan

3. Keluarkan Angin & Canai

Kemudian, tumbuk doh bagi keluar angin.

Dan bulatkan ikut besar mana kita nak roti nan tu.

Lepas tu canaikan.

resepi roti nan

4. Bubuh Cheese / Garlic

Masa ni kalau nak bubuh cheese pon boleh.

Lepas dah bubuh cheese, bulatkan balik dan canaikan semula.

Yang suka perasa garlic pun boleh bubuh bawang putih yang dicincang / ditumbuk, butter dan parsley / daun ketumbar untuk sapuan masa masak nanti.

*Kalau suka roti nan yang kosong, skip langkah ni dan terus masak atas api.

5. Masak

Saya masak roti yang dah dicanai tadi di atas kuali non-stick pan.

Guna api paling kecil dan tutup dengan tudung periuk masa memasak tu.

Agak-agak dah masak, bolehlah angkat.

Siap!

Boleh Cicah Dengan Kuah Atau Ratah Macam Tu Je

Mudah kan?

Macam nilah kejadiannya bila dah siap. Tengok dalam dia, memang gebu habis!

Lepas ni bolehlah cuba buat roti nan sendiri dekat rumah.

Lagi jimat, sedap, segar dan boleh makan puas-puas.

Rugi tak cuba tau.

 

*Resepi roti nan cheese gebu yang simple ini dikongsikan oleh Puan Fatihah Hamid menerusi Facebook. Ia telah diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan berkaitan resepi, boleh rujuk post asal di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×