Roti puri ialah makanan yang digoreng tidak beragi dan kebiasaannya dijadikan sebagai sarapan atau snek. Bagi anda yang belum pernah cuba, bolehlah ikuti resepi roti puri tanpa yis ini yang dikongsikan Noraslinda Md Radzhi. Hasilnya masih rangup dan tak kempis, biarpun telah sejuk.
Percayalah, mudah rupanya nak buat kudapan ini. Dan melihat pula pada ruangan komen di hantaran Noraslinda, ternyata roti puri ini ramai penggemarnya. Jadi, jom belajar!
Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist, Boleh Pilih Nak Bakar Atau Kukus, Mudah & Sedap Sangat!
RESEPI ROTI PURI TANPA YIS
Kelmarin dah buat, hari ini anak minta buatkan lagi. Roti puri tanpa mauripan (yis), lebih rangup dan bila roti sejuk tak kempis. Berbeza buat ada letak mauripan, roti dah sejuk dan roti kempis. Lain orang lain cara dia kan.
Baca juga: Resepi Bubur Som Som Lembut & Enak, Menu Berbuka Puasa Digilai & Wajib Cuba!
Bahan-bahan dan cara penyediaan roti puri:
- 1/2 kilo tepung gandum
- 1 sdk baking powder
- 1 biji telur
- 2 sdb marjerin
- 2 sdb susu pekat
- Air
Baca juga: 5 Cara Siang Ikan Panduan Lengkap Guna Pelbagai Alat, Lepas Ini Sebelah Mata Je Boleh Buat!
- Tepung gandum dan baking powder diayak.
- Masukkan marjerin, diramas hingga dijadikan serbuk roti.
- Masukkan susu pekat dan telur untuk digaul dan ramas.
- Tuang air sikit-sikit, uli hingga tak lekat tangan.
- Bulat-bulatkan ia dan direhatkan 20 minit.
- Kemudian, panaskan minyak.
- Doh digelek dan goreng.
- Sambil itu, curahkan minyak panas atas roti kerana ia akan gelembung nnti.
- Bila warna sudah perang kecoklatan, dibalikkan.
Siap! Makan macam itu je pun dah sedap.
Baca juga: Resepi Kuih Lopes Tanpa Rendam Beras Pulut, Masuk Dalam ‘Rice Cooker’ Je & Terus Siap!
Sumber: Noraslinda Md Radzhi
FT Image: Noraslinda Md Radzhi