Moist chocolate cake atau kek coklat moist antara kek kegemaran ramai! Kalau anda peminat tegar kek coklat ini, bolehlah cuba resepi kek coklat moist yang sangat moist seperti resipi Munirah Zulkarnain ini.
Selain itu, kalau nak dapatkan kek coklat moist yang berhasil macam dalam gambar, anda kena ikut tips-tips dikongsikan. Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Bubur Som Som Lembut & Enak, Menu Berbuka Puasa Digilai & Wajib Cuba!
KEK COKLAT MOIST
Aku nak kongsi resipi moist chocolate cake yang moist gila, nak bakar boleh atau nak kukus pun boleh. Kali ini aku kongsi resipi siap topping macam dalam gambar tau. Okay, jom tengok bahan-bahan.
Baca juga: 5 Cara Siang Ikan Panduan Lengkap Guna Pelbagai Alat, Lepas Ini Sebelah Mata Je Boleh Buat!
Bahan-bahan:
- *tepung gandum – 180g
- *serbuk koko – 75g
- *baking powder – 1 sudu teh
- *baking soda/soda bikarbonat – 1 sudu teh
- gula – 300g
- buttermilk – 180g
- minyak jagung/minyak masak – 70g
- telur A/B – 2 biji
- air panas/air kopi panas – 180g
- Ayak bahan yg bertanda *.
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yang bersesuaian kecuali air panas dan kacau-kacau sebati menggunakan whisk kecil atau spatula atau senduk.
- Lepas semua bahan sebati, masukkan air betul-betul panas tau, bukan suam dan kacau sebati. Siapppp!
- Boleh bakar dalam loyang saiz 8 inci, kalau loyang saiz 6 inci kena bahagi 2. Boleh juga dibakar dalam apa-apa jenis bekas aluminium foil kalau korang nak buat jualan atau untuk makan sendiri. Terpulang, bergantung pada kreativiti korang.
- Bakar pada suhu 160 selama 45 minit, boleh juga ikut suhu ketuhar (oven) masing-masing.
Baca juga: Resepi Kuih Lopes Tanpa Rendam Beras Pulut, Masuk Dalam ‘Rice Cooker’ Je & Terus Siap!
Nota kaki:
- Buttermilk, 180g susu fullcream dicampur dengan 1 sudu teh cuka dan biarkan sekejap lebih kurang 5 minit dan sedia digunakan.
- Lebihkan baking paper kiri kanan loyang untuk memudahkan proses mengeluarkan kek nanti atau boleh guna loyang loose base.
- Kek yang dah siap dibakar tak perlu keluarkan dari loyang, biarkan kek tadi sejuk.
Resipi ganache:
- 300g dark chocolate (kalau nak campur milk chocolate pun boleh)
- 100g whipping cream
- Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil.
- Tuang coklat yang dah dicairkan ke atas kek coklat yang disejukkan tadi.
- Masukkan kek yang dah siap tuang ganache tadi ke dalam peti sejuk atau chiller.
- Biarkan semalam untuk coklat betul-betul set.
Baca juga: Tips Rongga CAKOI Bersarang Cantik & Kembang Elok Masa Goreng, Buat Langkah Ini!
Tips potong kek
- Celup pisau dalam air panas, lap dan potong kek. Ulang langkah yang sama sehingga habis potong atau
- Layurkan pisau atas api, potong. Ulang step sama sehingga habis potong.
Okay, dah boleh buat untuk makan-makan atau untuk jualan. Kalau malas buat, beli kat aku hehe.
Selamat mencuba!
Baker picisan, Munirah Zulkarnain.
Baca juga: Tips Masak Suhun Tak Kembang & Serap Kuah, Baru Puas Nak Menghirup!
Sumber: Munirah Zulkarnain
FT Image: Munirah Zulkarnain