Dapur

Tips Rongga CAKOI Bersarang Cantik & Kembang Elok Masa Goreng, Buat Langkah Ini!

40
SHARES
resepi cakoi

Cakoi, youtiao atau patongko merupakan makanan masyarakat China. Ia diperbuat daripada doh lonjong panjang yang digoreng sehingga memerang keemasan apabila siap dimasak. Bagi peminat cakoi, ini adalah resepi cakoi yang dikongsikan oleh Nur Nabilah Jailani bersama beberapa tips untuk hasil cakoi berongga dan berkembang cantik.

Baca juga: Tips Masak Suhun Tak Kembang & Serap Kuah, Baru Puas Nak Menghirup!

RESEPI CAKOI

resepi cakoi

Gambar: Nur Nabilah Jailani

Bercakoi di pagi hari. Bahan-bahan yang mudah, cuma perlu peram semalaman untuk dapatkan hasil rongga bersarang yang cantik.

Resipi cakoi Cina dari dapur Melayu. Saya buat 2 saiz hari ini, cakoi saiz biasa dengan cakoi Hatyai yang popular itu.

Baca juga: Resepi Pecal Jawa, Nak Kuahnya Sedap & Naik Rasa Original Kena Lebihkan Gula Ini!

Resipi cakoi (chinese breadstick)

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 3 sudu teh baking soda
  • ½ sudu teh gula
  • 1/4 sudu teh garam
  • 3 sudu makan minyak masak
  • ½ cawan air
  1. Campur semua bahan-bahan dan uli dalam 3-4 minit.
  2. Tutup bekas dan rehatkan selama 1 jam.
  3. Uli semula adunan doh 9-10 minit, saya guna tangan saja.
  4. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam chiller semalaman 8-9jam. Boleh simpan sehingga 3 hari di dalam suhu chiller.
  5. Sebelum mencakoi, keluarkan adunan dan biarkan di suhu bilik selama 2 jam.
  6. Kemudian bolehlah dibentuk dan goreng seperti biasa.

Tips semasa mengoreng kena selalu pusing-pusingkan baru cakoi mengembang dengan jayanya.

Baca juga: Resepi Tapai Pulut Yang Manis & Berair, Bila Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat Tekak!

Resipi Srikaya Pandan (ala boat noodle)

resepi cakoi

Gambar: Nur Nabilah Jailani

  • 1 ½ cawan susu cair
  • Pes @ esen pandan sedikit
  • Garam secubit
  • 1 ½ sudu makan tepung kastard
  • 3-4 sudu makan susu pekat
  • Pewarna hijau sedikit
  1. Campur semua bahan-bahan.
  2. Masak di atas api yang kecil sehingga pekat dan ada letupan-letupan besar.
  3. Perlu sentiasa dikacau ya.

Baca juga: Resepi Aiskrim Malaysia Homemade, Hanya 1 Bancuhan Boleh Hasilkan Pelbagai Perisa!

Sumber: Nur Nabilah Jailani

FT Image: Nur Nabilah Jailani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×