Dapur

Resepi Baby Cakoi & Donut Gebu, Dah Sejuk Pun Tetap Tak Liat!

55
SHARES

Antara menu hidangan minum petang biasa dibeli di luar sudah tentunya donut dan juga cakoi. Makan panas-panas memang sedap dan dicicah pula bersama kaya atau kuah kacang tetapi bila beli di tepi jalan, ada kalanya cakoi mula liat dan sejuk.

Jadi, apa kata anda buat sahaja sendiri baby cakoi dan donut di rumah. Confirm sedap, rangup dan tak liat walaupun sudah sejuk. Resepi yang dikongsi oleh Missz Amira mudah sahaja, rugi kalau tak cuba!

Baca juga: Resepi Sos Steamboat Pedas Manis, Memang Terangkat & Padu!

RESEPI BABY CAKOI & DONUT GEBU, DAH SEJUK PUN TETAP TAK LIAT

donut

Baby cakoi & baby donut lembut sampai ke malam. Buat kecil-kecil senang anak-anak nak makan. Sedap sangat!

Bahan-bahan:

Langkah 1

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sb majerin
  • 1 sk garam

– Campur semua dan gaul sampai jadi serbuk roti (macam dalam gambar)

Langkah 2 

  • 1 cawan air suam
  • 2 sb susu pekat
  • 1 sb gula
  • 1 biji telur
  • 1 sb yis

– Campur semua kacau sebati dan terus masukkan ke dalam tepung tadi.

– Uli sampai sebati macam dalam gmbr. Doh memang lembik sedikit jangan risau. Nanti dah kembang doh akan lebih gebu dan senang dibentuk. Biarkan naik/kembang 2x ganda (bajet masa 30mnt/40mnt/1 jam). Bila dah naik/kembang tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin.

– Untuk elak melekat pada tangan gunakan tepung gandum untuk bentukkan baby cakoi dan donut.

– Baby cakoi – gelek-gelekkan doh atas papan bagi panjang dan p0tong ikut saiz yang kita nak kemudian kepitkan antara dua.

– Baby donut – bulatkan doh kemudian tekan leper dan tekap menggunakan penutup botol/nozel.

– Biarkan naik/kembang 2 kali ganda (bajet masa 30mnt/40mnt/1 jam) refer pd cuaca/yis/doh. Panaskan minyak. Pastikan betul-betul panas. Goreng gunakan api kecil serdahana.

Sedap dan gebu! Selamat mencuba..

Sumber: Facebook Missz Amira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×