Resepi donut sukatan cawan sudah tentunya lebih mudah untuk dibuat di rumah kerana tidak memerlukan mesin penimbang. Ini sama seperti resepi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook di bawah untuk membuat donut bluberi.
Lebih menarik lagi, resipi ini tidak perlu digoreng di dalam minyak penuh tetapi hanya menggunakan ketuhar. Rugi kalau tak cuba!
Baca juga: Cara Buang Tulang Ikan Kembung Dengan Mudah, Sekali Tarik Je!
RESEPI DONUT SUKATAN CAWAN PERISA BLUEBERRY, KENA CUBA
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung
- 1/4 cawan mentega
- 1 cawan susu badam
- 1 cawan gula
- 1 sudu kecil baking soda
- 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
- 1 cawan blueberi segar
Cara-cara membuat:
1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu.
2. Kemudian, campurtkan mentega cair, susu badam, baking soda, serbuk penaik, gula, esen vanilla dan serbuk kayu manis.
3. Seterusnya, campurkan 2 cawan tepung dan kacau adunan sehingga sebati.
4. Masukkan bluberi segar ke dalam adunan dan tuang ke dalam acuan silikon.
5. Bakar selama lebih kurang 20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Setelah siap bakar, salut donut bersama gula halus yang dicampurkan dengan susu.
Sedia untuk dihidangkan. Resepi donut kali ini tidak menggunakan teknik menggoreng. Lebih sihat kan?
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Baca juga: Resepi Kepak Ayam Bakar Manis Pedas, Melekit Macam Ini Baru Puas Makan!
Sumber: Facebook Kokiku