Dapur

Resepi Kepak Ayam Bakar Manis Pedas, Melekit Macam Ini Baru Puas Makan!

1
SHARES
KEPAK AYAM

Kepak ayam madu sudah tentunya antara makanan disukai ramai. Selain membelinya di pasar malam, anda juga boleh membuat sendiri seperti perkongsian di bawah.

Jelasnya, setiap kali ada majlis, kepak ayam manis-manis pedas ini pasti ‘licin’ dimakan kerana menjadi kegemaran ramai. Jom cuba buat!

Baca juga: Perbezaan Ikan Patin Sangkar Sungai & Patin Kolam, Yang Mana Lebih Sedap?

RESEPI KEPAK AYAM MANIS-MANIS PEDAS, SEDAPNYA

KEPAK AYAM

Bila saya masak kepak ayam begini untuk majlis, memang habis sekelip mata kerana kegemaran ramai. 

Bahan-bahan: 

  • 1 kg kepak ayam
  • Madu
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih/manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 2 sudu kecil serbuk bawang
  • 2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Satukan semua rempah dan campurkan dengan kepak ayam yang sudah dicuci bersih.

2. Gaul sehingga sebati dan perapkan selama 30 minit. Kalau semalaman lagi sedap.

3. Kemudian, susunkan kepak ayam di dulang dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

4. Bakar pada suhu 150 selama 20 minit. Kemudian terbalikkan kepak ayam, lumurkan lebihan perapan dalam dulang dan bakar lagi selama 10 minit.

5. Akhir sekali, campurkan madu dengan kepak ayam dan bakar pada suhu 200 sehingga keperangan serta rangup.

6. Bakar selama kira-kira 10-20 minit. Bergantung pada ketuhar masing-masing.

7. Bila dah cukup rangup dan masak, keluarkan dari ketuhar dan sedia untuk dihidangkan.

Nak lebih sedap boleh hidangkan bersama coleslaw.

Resepi ini lebih sihat dan senang nak buat kerana tidak menggunakan minyak untuk menggoreng. Rasa manis dan pedas memang sedap.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Donut Susu Minion Gebu Macam Kapas, Sekali Cuba Pasti Teringat!

Sumber: Facebook Resepi Sedap & Victoria Choice

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×