Dapur

Cara Buat Coleslaw Ala KFC Yang Cukup ‘Simple’. Guna 4 Bahan Saja

375
SHARES

“Ayam goreng ni kalau makan dengan coleslaw macam dekat KFC tu mesti sedap. Tak adalah rasa kosong sangat. Susah tak nak buat sendiri agaknya? Kalau beli, dah tentu mahal walaupun baru semangkuk kecil.”

MEsti dah ramai boleh buat sendiri ayam goreng ala KFC di rumah. Ada yang suka makan dengan nasi putih, ada yang suka ratah begitu saja. Bila-bila goreng ayam KFC di rumah tu, bolehlah sediakan coleslaw ini sebagai hidangan sampingan. Memang ‘ngam’ dan semestinya berkhasiat.

Dalam artikel kali ini, Puan Julia berbesar hati untuk berkongsikan resepi coleslaw ala KFC yang sangat mudah. Jom kita tengok cara-cara membuatnya di bawah.

Resepi Coleslaw Ala KFC Yang Cukup Mudah & Sedap

Berikut adalah bahan-bahan asas yang diperlukan untuk membuat coleslaw.

Bahan-bahan

  • 1/4 kobis
  • 1 Lobak Merah
  • 1/2 cawan susu segar
  • 5 sudu besar mayonis kesukaan anda
  • *1 sudu besar gula
  • *1 sudu kecil garam

*boleh kurangkan jika perlu

Cara-cara

1. Hiris Kobis & Lobak

Mula-mula, buang bahagian keras pada kobis dan hiris dadu.

Lobak merah pula disagat atau dipotong halus dan juga dihiris dadu.

Masukkan ke dalam sebuah bekas dan gaulkan.

2. Masukkan Susu Segar

Kemudian, masukkan setengah cawan susu segar.

3. Tambahkan Mayonis

Seterusnya masukkan 5 sudu besar mayonis. Kalau nak lebih boleh ikut citarasa anda.

4. Perasakan Dengan Garam & Gula

Untuk dapatkan rasa yang lebih ‘naik’, boleh perasakan dengan 1 sudu gula dan sedikit garam.

Kalau rasa tak perlu sebab tengah diet atau nak buat coleslaw yang lebih sihat, tak payah bubuh pun tak apa. Dah cukup sedap juga.

5. Sejukkan

Akhir sekali, sejukkan dalam peti sejuk sekejap supaya semua bahan tadi bersatu. Sementara tu bolehlah goreng ayam KFC atau apa-apa makanan yang nak dihidangkan bersama nanti.

Coleslaw ni memang lagi sedap kalau dimakan sejuk-sejuk.

Siap!

Bila dah siap, inilah hasilnya. Memang sedap berlemak. Sesuai sangatlah dimakan dengan ayam goreng KFC, fish & chips, chicken chop, lamb chop dan sebagainya.

resepi coleslaw

Mudah sangat kan? Dah macam makan di restoran pula walaupun cuma tambah coleslaw di tepi. Rugi kalau tak buat sendiri tau. Cukup menyelerakan, bahannya senang nak dapat, jimat pun jimat.

Selamat mencuba.

 

*Resepi coleslaw ala KFC ini disumbangkan oleh MamaPapa Rea menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. 

**Untuk lebih banyak tips dan perkongsian, boleh follow blog MamaPapa Rea di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×