Dapur

Cara Buat Ayam Goreng Spicy Ala KFC. ‘Simple’ Sangat!

683
SHARES
resepi ayam goreng kfc

Mesti ramai yang suka makan ayam goreng KFC, lebih-lebih lagi yang ‘spicy’. Biasalah, orang Malaysia memang minat yang pedas-pedas ini. Rupanya, simple saja cara membuatnya.

Menurut pemilik resepi asal ini, Cahaya Kasih Firdausi resepi ayam goreng KFC jenis ‘spicy’ ini telah menjadi kesukaan ramai pelanggannya. Rata-rata mereka yang telah mencubanya pasti puas hati.

Oleh itu, beliau berbesar hati untuk berkongsi rahsia membuatnya dalam resipi yang mudah dan ringkas sangat!

Resepi Ayam Goreng KFC Spicy Versi ‘Homemade’

Berikut adalah resepi ayam goreng KFC Spicy versi pemiliknya, CKF (Cahaya Kasih Firdausi) yang mesti dicuba.

Bahan-bahan

Bahan perapan:

  • 1 ekor ayam (potong berapa ikut suka)
  • Cili kering dikisar halus
  • Bawang merah dan putih kisar halus
  • Garam
  • Perasa

Bahan menggoreng:

  • Tepung gandum cap cempaka
  • Minyak masak secukupnya

tepung-gandum

Cara-cara

1. Perapkan Ayam

Gaul semua bahan ke dalam ayam yang dah dibersihkan. Perap seketika atau semalaman.

ayam-goreng-spicy-1

2. Gaulkan Tepung

Ambil ayam yang telah diperap tadi dan gaulkan pada tepung. Saya gunakan tepung cap cempaka.

ayam-goreng-spicy-2

Golek-golekkan hingga tepung melekat di serata ayam.

ayam-goreng-spicy-3

3. Panaskan Minyak

Panaskan minyak biar betul-betul panas. Masukkan ayam dengan api besar.

4. Goreng

Bila ayam sudah dimasukkan, kawal api biar kecil sedikit supaya ayam masak dengan sempurna bahagian dalamnya.

Agak-agak ayam dah garing, terbalikkan permukaan ayam dan balik-balikkan.

ayam-goreng-spicy-0

5. Angkat & Toskan

Dengar bunyi gorengan bila agak bising maknanya air ayam masih ada. Bila dah agak senyap bunyi gorengan, bolehlah angkat dan toskan. Hasilnya, garing di luar dan berjus di dalam – ‘crispy and spicy’.

Sedia dihidang. Sangat sedap dan lazat!

resepi ayam goreng kfc

Mudah, Bukan?

Nampak gaya, resepi ayam goreng KFC spicy versi CKF ini memang mudah untuk dibuat di rumah.

Rugi kalau tak cuba sebab dah terbukti memang ‘simple’, tetapi cukup menggiurkan. Jom buat sekarang!

 

*Resepi ayam goreng KFC spicy ini dikongsikan oleh pemilik asalnya, Puan Cahaya Kasih Firdausi dengan kebenaran beliau. Selain mengambil tempahan pelbagai menu nasi dan lauk-pauk di sekitar Segamat, beliau turut mengusahakan Nasi Lemak CKF miliknya sendiri. Hubungi 019 7697 628 atau follow Facebooknya di SINI untuk melihat lebih banyak perkongsian resepi menarik!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×