Dapur

Isu ‘Donut Berayaq’, Ini HUKUM Letak Nama Makanan Pelik-Pelik & Ada Maksud Tersembunyi

9
SHARES
nama makanan

Baru-baru ini tular dan menjadi bualan negatif apabila ada peniaga meletakkan nama makanan yang dijual yang pelik dan membawa maksud lucah. Mungkin dianggap sebagai salah satu taktik untuk melariskan makanan atau tujuan hiburan tetapi perkara ini adalah sangat buruk dan tidak boleh dibiarkan.

Sememangnya makanan yang dijual adalah halal namun tidakkah anda terfikir bahawa makanan halal ini boleh bertukar menjadi status yang meragukan hanya kerana namanya?

Baca juga: Didakwa Ada Sisa Kimia, Ini CARA TERBAIK Untuk Bersihkan Buah Anggur Shine Muscat Guna 1 Bahan

HUKUM LETAK NAMA MAKANAN PELIK DAN BAWA MAKSUD LAIN

nama makanan

Contoh makanan yang jadi isu hangat guna ‘Donut Berayaq’

Baru-baru ini timbul persoalan ramai tentang apakah hukum menyamakan makanan dengan:

1. Faraj Lembab
2. Dubur Bercirit
3. Aksi Doggie
4. Aksi Liwat

Menurut MyEhwal, nama makanan tidak termasuk dalam penentuan halal atau haram makanan itu, tapi tentunya perbuatan menamakan makanan dengan nama jelik termasuk dalam bab “Akhlak” dan berkait pula dengan “Taqwa”.

Hukum yang paling ringan tentunya Makruh. Dan hal makruh ini jika dibebaskan tentunya membawa kepada kelunturan iman yang akhirnya membawa kepada haram jua. Ini sesuai dengan ulasan islamqa.info kelolaan Syaikh Muhammad Saalih alMunajjid tentang jenama “Saudi Champagne” yang merupakan minuman yang halal di Saudi tetapi mempunyai nama yang sinonim dengan produk arak yang haram:

إطلاق أسماء الأشياء التي يبغضها الله تعالى على الأشياء التي أباحها ؛ فهو فعل يحتوي على استهانة بشرع الله تعالى وعدم التعظيم لأحكامه ، وهذا مناف لتقوى الله تعالى

“Menyebut sesuatu yang Allah halalkan dengan menggunakan istilah sesuatu yang Allah benci, perbuatan semacam ini termasuk meremehkan aturan Allah dan tidak mengagungkan hukum-hukum-Nya. Dan ini bertentangan dengan sikap taqwa kepada Allah.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, hendaklah kita menjauhkan dari sebarang unsur tasyabbuh kerana ia memberi mudarat dan kekeliruan kepada masyara’at awam.

Oleh itu, hendaklah ditukarkan nama-nama yang tidak baik kepada penamaan yang baik sekalipun proses itu dilakukan secara berperingkat selaras dengan ajaran Islam!

nama makanan

*Wahai rakyat Malaysia yang kreatif belaka, guna kreativiti anda dengan cara yang bijak..bukan dengan cara kotor.

Baca juga: Dah Kahwin Pun Bapa Masih Belikan Barang Dapur Penuh Baldi, Kasih Ayah Ini Buat Ramai Tersentuh

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, MyEhwal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×