Dendam kerana cinta tidak berbalas dipercayai menjadi motif pembunuhan pelajar perempuan berusia 16 tahun, kes Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, pada 3 Oktober lalu.
Baca juga: “Sempat Ajar Mengucap, Penuh Dar*h”- Kronologi Kes Irine Sofiya, Apa Yang Berlaku Setakat Ini
KES IRENE SOFIYA : CINTA DITOLAK DIPERCAYAI JADI PUNCA

Foto: BERNAMA
Memetik laporan Sinar Harian dan Harian Metro, Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad berkata, suspek yang juga berusia 16 tahun dipercayai menyimpan perasaan dendam terhadap mangsa selepas cintanya ditolak.
Suspek turut dikatakan tidak berpuas hati kerana mangsa didakwa menjalinkan hubungan dengan rakan baiknya sendiri.
Suspek dipercayai berdendam selepas cintanya ditolak

Foto: BERNAMA
Menurut AB Rahaman, perkembangan terbaharu itu diperoleh hasil soal siasat terhadap suspek yang merupakan rakan sekelas mangsa.
“Siasatan terkini mendapati motif pembunuhan dipercayai akibat perasaan dendam suspek terhadap mangsa kerana menolak cintanya.
“Bagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika sidang akhbar pada Jumaat.
Pihak polis masih meneruskan siasatan bagi memperincikan motif sebenar kejadian berkenaan.
Terdahulu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai dibunuh di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Seth, Yong Peng, Batu Pahat, pada 3 Oktober lalu.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat trauma tumpul di kepala. Susulan kejadian itu, polis menahan tiga remaja lelaki bagi membantu siasatan.
Salah seorang daripada mereka kemudian direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan membunuh.
Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak berkuasa bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
Baca juga:
Sumber: Harian Metro, FMT, Sinar Harian
