Restoran mamak merupakan pilihan lokasi untuk menjamu selera bagi kebanyakan rakyat Malaysia kerana kepelbagaian menu yang disediakan. Bukan sahaja harga makanannya sederhana, malah golongan lelaki khususnya memilih restoran mamak kerana dibuka selama 24 jam dan mudah untuk ‘melepak’.
Tapi, sangat penting untuk anda yang beragama Islam ambil tahu bahawa ada restoran mamak yang sebenarnya Muslim dan bukan Muslim. Jangan sampai tersalah pilih kerana ini merupakan cara untuk anda kenal pasti ciri-ciri yang meragukan.
Baca juga: Tersergam Indah Bak Istana, Ini 5 Rumah Pemimpin Malaysia Yang Mewah & Cantik!
5 CARA NAK TAHU RESTORAN MAMAK ITU MUSLIM ATAU BUKAN
Saya kongsikan tulisan lama yang dikemaskini dengan beberapa maklumat terbaru, cara untuk mengenalpasti restoran mamak Muslim atau tidak. Semuanya saya sudah mencubanya kecuali yang terakhir.
1. Hari Deepavali
Waktu sebegini adalah waktu paling sesuai untuk membezakan antara restoran mamak ori atau tidak. Restoran mamak tiruan atau restoran mamak yang pekerjanya beragama Hindu semestinya akan bercuti di waktu-waktu sebegini. Cuma cara ini hanya boleh dibuat setahun sekali. Saya pernah lakukan mini survey ke restoran-restoran mamak sekitar Gombak pada cuti Deepavali tahun lepas, dan hasilnya mengejutkan.
Selepas saya kongsikan di FB dan viral, ada pemilik restoran mamak yang didedahkan dalam posting tersebut menghubungi saya dan mengakui bahawa restorannya ditutup disebabkan beberapa pekerjanya beragama Hindu. Mengucap panjang saya. Pemilik Muslim tapi pekerja non-Muslim.
2.Masakan lembu atau tidak
Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak.
Restoran mamak Muslim akan ada masakan daging lembu. Jika mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka. Saya pernah test satu restoran “mamak”.
“Mamak, daging ada?”
“Kambing ada. Lembu tak ada”
“Kenapa lembu tak ada?”
Jika dia jawab tergagap-gagap, berhati-hati.
3. Berikan salam “Assalamualaikum”
Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”. Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka. Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim. Ini cara paling mudah dilakukan. Saya pernah lakukan beberapa kali. Jika pelayannya jawab tergagap-gagap, saya terus angkat punggung.
4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat.
Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak ada. Saya pernah melihat sebuah restoran mamak berdekatan dengan Masjid IPD Dang Wangi yang dibuka ketika orang solat Jumaat.
Ketika itu saya berprogram tak jauh dari situ, dan ketika berjalan kaki ke masjid tersebut, ia tidak ditutup. Ketika saya pulang dan lalu di situ pun ia masih dibuka. Kemungkinan besar pekerja-pekerjanya bukan Muslim dan tidak menunaikan solat Jumaat.
5.Poster dan frame gambar tulisan Jawi
Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya. Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.
Pernah terjadi restoran mamak diserbu kerana menggantung tangkal dan ayat al-Quran yang salah kemudiannya kantoi hanya 2 orang sahaja dari 23 pekerjanya beragama Islam.
*Ada juga yang berkongsikan pada zaman perang Pakistan dahulu, orang Pakistan akan menggunakan teknik memeriksan dalam seluar atau kain seorang lelaki tersebut untuk mengetahui dia Muslim atau Hindu. Jangans ampai JAKIM guna taktik ini ya, seram!
Baca juga: Sudah Masuk Minggu Ke-3, Anak Resah Ayah Masih HILANG…Hanya Kereta Ditemui Terbakar!
Sumber: Afyan Mat Rawi