Famili

Anak Bawa Ibu Bapa OKU Penglihatan Redah 357KM Untuk Makan Nasi Kandar Dipuji, Undang Sebak..

oku penglihatan

Pengorbanan seorang anak dalam menghargai ibu bapanya menyentuh hati ramai apabila dia sanggup membawa kedua-dua orang tuanya yang merupakan OKU penglihatan menempuh perjalanan sejauh kira-kira 357 kilometer semata-mata untuk menikmati hidangan nasi kandar.

Kisah menyentuh hati ini dikongsikan oleh Nasi Kandar Sulaiman menerusi satu hantaran di Facebook, sekali gus menarik perhatian warganet.

Baca juga: Jangan Tinggalkan Rumah Ibu Bapa ‘Tongkang Pecah’, Ini Adab Anak Sebelum Balik Rumah Sendiri

ANAK BAWA IBU BAPA OKU PENGLIHATAN REDAH 357KM DEMI NASI KANDAR

oku penglihatan

Foto: Facebook Nasi Kandar Sulaiman

Menurut perkongsian tersebut, keluarga berkenaan datang dari Kuala Lumpur dan kunjungan itu bukanlah yang pertama. Sebaliknya, mereka pernah hadir pada tahun lalu untuk menikmati hidangan sama di George Town.

Apa yang lebih menyentuh hati, pasangan warga emas itu tidak menyedari bahawa makanan mereka ditaja oleh pihak premis sehingga saat akhir ketika ingin membuat bayaran.

“Tahun lepas mereka datang dan kami belanja hasil sumbangan orang ramai. Tahun ini, selepas hampir setahun, mereka datang lagi dan sekali lagi kami belanja tanpa pengetahuan mereka,” menurut perkongsian itu.

LAYANAN ANAK YANG PENUH KASIH SAYANG

oku penglihatan

Foto: Facebook Nasi Kandar Sulaiman

Di sebalik kesibukan premis yang dipenuhi pelanggan, sikap anak tersebut nyata mencuri perhatian. Dia dilihat melayani kedua ibu bapanya dengan penuh sabar dan kasih sayang tanpa menunjukkan sebarang rasa terbeban.

Walaupun berdepan cabaran menjaga ibu bapa yang mempunyai kekurangan penglihatan, anak itu tetap tenang dan sentiasa tersenyum sepanjang menguruskan mereka.

Situasi ini membuktikan bahawa tanggungjawab terhadap ibu bapa bukan sekadar kewajipan, tetapi satu bentuk kasih sayang yang tulus dan tidak berbelah bahagi.

HARGAI IBU BAPA SELAGI MASIH ADA

Perkongsian tersebut turut menjadi peringatan kepada masyarakat agar sentiasa menghargai ibu bapa tanpa mengira keadaan fizikal atau kesihatan mereka.

Dalam dunia yang serba moden ini, masih ada segelintir individu yang berasa malu untuk tampil bersama ibu bapa yang uzur atau sakit. Namun, kisah ini jelas menunjukkan bahawa kasih sayang seorang anak tidak seharusnya dipengaruhi oleh pandangan masyarakat.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial yang rata-rata memuji sikap anak berkenaan. Ramai menyifatkannya sebagai contoh terbaik dalam mempraktikkan nilai kekeluargaan dan penghormatan terhadap ibu bapa.

Kisah ini bukan sahaja menyentuh emosi, malah memberi inspirasi kepada orang ramai tentang erti sebenar pengorbanan, kasih sayang dan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya.

Baca juga: Suri Rumah Kondem Ibu Bekerja Hantar Anak Ke Pengasuh, Lebih Sanggup Berhenti Kerja

Sumber: Facebook Nasi Kandar Sulaiman 

FT Images: Facebook Nasi Kandar Sulaiman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×