Famili

Suri Rumah Kondem Ibu Bekerja Hantar Anak Ke Pengasuh, Lebih Sanggup Berhenti Kerja

62
SHARES
suri rumah tangga

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kematian Muhammad Al Fateh Amri bin Mohd. Fikry Amri yang didera oleh pengasuhnya. Tindakan ini sudah tentunya membuatkan orang ramai marah namun lain pula jadi apabila suri rumah tangga mula melontarkan kata-kata kesat kepada ibu bekerja.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Nur Syahirah Muzakir, dia menasihati agar suri rumah tangga di luar sana tidak memberikan kata-kata negatif di saat seseorang itu kehilangan insan tersayang.

Baca juga: Tak Sangka Siri Kartun Animasi Ini Buat Sikap Anak Lebih Positif & Petah Bercakap

SURI RUMAH TANGGA JANGAN SUKA-SUKA KONDEM IBU BEKERJA

suri rumah tangga

Jelasnya, rata-rata ibu yang tidak bekerja atau suri rumah, memberi pandangan negatif kepada ibu Al Fateh kerana menghantar anak ke pengasuh.

Sebagai ibu dan wanita yang mempunyai hati perasaan, perbuatan tersebyt sangat tidak wajar dilakukan ketika seseorang itu dalam kesedihan.

Antara ayat yang dilontarkan adalah seperti di bawah:

“Saya sanggup berhenti kerja sebab nak jaga anak sendiri, nak anak membesar depan mata”

Kenyataan di atas sangat tidak wajar diberikan kerana setiap orang itu mempunyai kisah dan sebab tersendiri jika menghantar ke pengasuh.

Saya cukup benci terpaling ibu komen macam ini saat orang tengah diuji anak meninggal dalam jagaan pengasuh. Seorang ibu bekerja itu mesti bersebab. Bukan suka-suka nk tinggal anak dekat orang lain. Kasut setiap orang tak sama. Kalau pilihan awak nak jadi suri rumah, nak jaga anak sendiri, diam sudah. Tak payah nak banding dengan ibu bekerja.

Sebagai seorang suri rumah, saya sokong 100%. Kalau awak pilih untuk berhenti kerja, tak ada alasan pun untuk awak kondem ibu-ibu yang memilih untuk terus bekerja.

Sama juga dengan ibu-ibu yang bekerja, tak ada sebab pun untuk kondem ibu-ibu yang berhenti kerja. Kenapa nak buat orang rasa bersalah ya?

Adakah awak rasa cembura dengan orang yang bekerja sebab ada duit banyak? Ada kawan ramai dan membuatkan awak rasa rendah diri? Tak payah rasa macam itu kerana awak semua jauh lebih baik daripada lain.

Hargai diri dengan cara memperbaiki diri sendiri. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Banding diri kita, dengan diri sendiri sahaja.

Bila kita perbaiki diri, kita akan sayang diri kita lebih. Itu dah cukup. Yang lain akan menyusul tanpa perlu dipaksa.

Baca juga: Anak Bawa RM3k Pergi Sekolah, Siap Bagi Dekat Kawan-Kawan. Berderau Darah Ibu!

Sumber: Facebook Nur Syahirah Muzakir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×