Siri kartun animasi Bing merupakan kisah mengenai arnab hitam yang comel. Menerusi aplikasi Durioo+, ibu ayah boleh memberikan si kecil menonton kartun Bing dalam versi bahasa Melayu.
Pengunaan bahasa Melayu yang sopan dan lembut membuatkan siri kartun animasi Bing ini diminati oleh ibu bapa di luar sana. Cara lontaran bahasa kartun ini sangat bagus sehingga membuatkan si anak menunjukkan sikap positif.
Baca juga: Denda Duduk Luar Kelas Paling Tak Wajar, Murid Langsung Tak Dapat Belajar!
KARTUN ANIMASI BING BANYAK TUNJUK SIKAP POSITIF
Antara kesan positifnya adalah:
1. Sebut perkataan lebih jelas
Menerusi kartun animasi Bing di Durioo+, anak dapat belajar menyebut perkataan dengan lebih jelas dan betul. Ini kerana siri kartun itu menggunakan bahasa Melayu baku dan sesuai untuk pembelajaran.
Contoh skrip:
“Kamu tak apa-apa Bing?”
“Iya, dia tak apa-apa.”
2. Anak belajar sikap positif
Selain itu, kartun animasi Bing ini juga membuatkan si anak belajar sikap lebih positif dan tidak melontarkan kata-kata negatif. Antaranya adalah meminta maaf apabila melakukan kesalahan dan mengakui silap tersebut.
Contoh dialong:
“Saya tak sengaja rosakkannya.”
“Tak apa, saya tahu awak tak sengaja.”
3. Anak berani minta makanan kepunyaannya
Menerusi kartun animasi Bing ini juga, si anak akan lebih berani meminta barang keperluan atau makanan kepunyaannya dari orang lain.
Contoh dialog:
“Boleh awak beri lobak saya sekarang?”
4. Anak belajar mengawal situasi
Sikap positif dapat diterap dalam diri anak sekiranya menonton kartun animasi Bing ini adalah boleh mengawal situasi. Ini bermakna, jika berlaku sesuatu di luar jangkaan, mereka lebih tenang dan faham untuk mengawalnya.
5. Anak jadi lebih baik
Akhir sekali, sikap anak juga jadi lebih baik dan menghormati orang lain sama seperti sifat Bing tersebut. Bing sering meminta sesuatu secara sopan dan membuatkan kawan-kawannya selesa.
Contoh dialog:
“Boleh saya pinjam? Saya juga akan membuat macam anda…”
Jadi, kartun siri animasi Bing sememangnya sesuai untuk ditonton oleh si kecil kerana mempunyai banyak kelebihan.
Baca juga: “Tulisan Buruk Itu Redflag” – Cikgu Kecewa Ibu Ayah Biarkan Anak ‘Lemas’ Dalam Aliran Perdana
Sumber: TikTok The Little Haura