Dapur

Cara Masak Sagu Guna Rice Cooker Semudah Masak Nasi, Jadi Sebiji-Sebiji Elok!

52
SHARES
masak sagu

“Stresnya aku nak masak sagu untuk buat manisan dan kuih ni. Mesti tak jadi, akan lembik macam bubur!”

Sagu merupakan antara bahan yang sangat popular dalam juadah kuih-muih tradisional Melayu. Namun, bahan yang simple ini boleh memusnahkan impian memasak anda jika tersalah cara menyiapkannya. Ada satu perkongsian untuk memudahkan urusan anda apabila hanya perlu menggunakan periuk nasi (rice cooker) untuk masak sagu dengan sempurna.

Baca juga: Cara Buat Agar-Agar Kering Macam Nenek Ajar, Bangkitkan Nostalgia Zaman Dulu!

CARA MUDAH MASAK SAGU GUNA RICE COOKER SAHAJA!

masak sagu

Semudah masak nasi cuma tukar kepada sagu dan ditambah gula. Apa yang penting adalah buat terus menjadi, tak perlu risau tak menjadi. Selamat mencuba ,kak dah buat hari ini untuk makan petang, kenyal dan lembut suami suka anak pun suka.

Bahan-bahan:

-1 cawan sagu (RM 1)
-1 cawan gula (nak kurang boleh)
-1 1/2 cawan air
-Kelapa parut & secubit garam

Caranya:

1.Didih air dan gula dalam periuk nasi.

2.Masukkan sagu yang telah disiram basuh sekali lalu.

3.Dalam air mendidih tadi kacau dan tutup dengan penutup tunggu hingga masak biji-biji putih hilang.

4.Tak melekat di periuk tak membazir , tak perlu teruk kacau macam di atas dapur gas.

5.Masuk dalam bekas, sejuk boleh potong gaul dengan kelapa atau boleh juga makan dengan susu cair.

masak sagu

*Barulah sagu itu tak jadi macam bubur nasi!

Baca juga: Cara Buat Kuih Lepat Sagu, Lain Daripada Lain & Rasa Manisnya Tak Mengecewakan!

Sumber: Aminah Taharim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×