Kuih pulut sekaya yang dipanggil di Utara Malaysia atau lebih dikenali dengan nama kuih seri muka di seluruh negara merupakan kegemaran ramai tidak mengira usia. Selalunya kita akan beli yang dimasak menggunakan teknik kukus sahaja namun ramai masih tak tahu wujudnya resepi pulut sekaya versi bakar.
Rupanya, kalau kuih ini dikukus dan dibakar pula akan menjadi lebih harum, garing dan berlemak! Oleh itu, jangan tunggu lama-lama dan jom cuba!
Baca juga: Resepi Kuih Seri Muka Dari Arwah Mak, Tanpa Pewarna & Jadi Lembik-Lembik Sedap!
RESEPI PULUT SEKAYA BAKAR, LAGI HARUM!
Bahan-bahan A:
-Loyang square 8″ @ bulat
Lapisan bawah:
-2 cawan beras pulut dicuci bersih dan rendam 30 minit, toskan
-1 cawan santan
-1 cawan air
-Secubit garam
Caranya:
-Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut bersama bahan di atas selama 30 minit. Kacau sebati dan tekan-tekan supaya padat di dalam loyang.
**Alas loyang dengan baking paper ..
Bahan untuk lapisan atas:
-3 biji telur
-3/4 cawan tepung gandum
-3/4 cawan gula pasir
-1 cawan jus pandan (kisar 8 helai daun pandan bersama air, tapiskan)
-1 1/4 cawan santan
-1/2 sk serbuk kayu manis
Caranya:
-Satukan semua bahan, kacau sebati dan tapiskan. Masak atas api perlahan sambil mengacau selama 2 – 3 minit (naik wap). Jangan kacau terlalu lama, nanti jadi keras bergentel dan permukaan seri muka akan jadi tidak licin.
-Tuangkan lapisan atas ke dalam loyang berisi pulut tadi. Balut tudung periuk kukusan dengan kain/tuala untuk mengelakkan air menitis. Kukus selama 40 minit. Matikan api. (Buka api sederhana besar.)
-Panaskan oven pada suhu 220c dan bakar selama 20 ke 25 minit. Sejukkan dan barulah dipotong.
*Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Kuih Bakar Pandan Versi Guna Pengisar, Manis Berlemak & Lembut Kejadiannya!
Sumber: Nizam Ali