Dapur

Resipi Donut Gebu Viral Cantik Bergulung, Tiada Bahan Telur & Mudah Untuk Ajak Anak Buat Bersama!

28
SHARES
resepi donut gebu viral

Rupanya yang bulat-bulat bergulung seakan makanan ensaimada dan cinnamon roll ini, dinamakan sebagai donut gulung. Melalui perkongsian resipi oleh Wan N Wan M, resepi donut gebu viral ini agak mudah dibuat sendiri di rumah.

Menurutnya, makanan cantik gebu ini juga sesuai untuk dibuat bersama anak-anak ketika musim cuti persekolahan nanti. Apatah lagi, sekiranya anak anda seorang yang suka masuk ke dapur dan membuat pastri serta kek.

Baca juga: Resipi Cheesekut Meleleh Viral, Guna Peti Sejuk Je Mudah Tak Perlu ‘Oven & Air Fryer’!

RESEPI DONUT GEBU VIRAL

resepi donut gebu viral

Gambar: Wan N Wan M

Resipi cuti sekolah datang lagi! Walaupun masih bujang, kita gigih cari resipi yang mudah untuk mak-mak yang nak ajak anak-anak masak sama-sama.

Kali ini kita buat donut gulung tanpa telur dan Insha Allah akan menjadi dengan jayanya sebab saya pertama kali buat pun terus menjadi. Paling penting jangan suka hati tukar itu ini.

Nanti tak jadi, jangan salahkan saya pula. Okay, mari kita tengok bahan-bahannya.

Baca juga: Resipi Apam Cornetto Warna-Warni 3 Bahan, Sangkakan Aiskrim Rupanya Kuih, Kreatif Betul~

Bahan-bahan:

resepi donut gebu viral

Gambar Wan N Wan M: Langkah 7-10.

  • 300ml – Air Suam
  • 6g – Yis (nak senang, ambil separuh packet yis yang 11g tu)
  • 500g – Tepung gandum serbaguna
  • 85g – Marjerin yang dah dicairkan
  • 25g – Gula
  • 1 sudu kecil – Garam
  • 1/2 sudu kecil – Pelembut roti (optional)
  • 1/2 sudu kecil – Bread improver (optional)

Baca juga: Teknik Salutan Bancuhan Sotong Goreng ‘Melekat’ Penuh, Puas Hati Bila Gigit Tau!

Langkah-langkah:

resepi donut gebu simple

Gambar Wan N Wan M: Langkah 11-14.

  1. Ambil mangkuk besar dan masukkan air suam, kemudian masukkan yis dan gula.
  2. Masukkan juga marjerin yang dicairkan, guna kaedah double boil sahaja pun senang.
  3. Kacau semua bahan hingga sebati.
  4. Kalau nak buat banyak, boleh gandakan semua bancuhan.
  5. Apabila sudah sebati, masukkan tepung gandum serbaguna, garam, bread improver dan pelembut roti.
  6. Lepas itu, ulikan semua bahan-bahan sampai jadi doh yang tak melekat dekat jari. Kalau melekat sikit-sikit, halalkan sahaja tetapi kalau melekat teruk kena tambah sikit-sikit tepung.
  7. Dah siap jadi doh, sapukan minyak dekat atas doh dan permukaan mangkuk itu dan kemudian rehatkan doh dalam 45 minit – 1 jam.
  8. Tutup doh dengan plastik penutup makanan.
  9. Selepas sejam, doh akan elok mengembang dan uli sekali lagi bagi keluar angin semua itu.
  10. Sediakan pencanai untuk mencanai doh.
  11. Canai jangan nipis sangat, agak-agak tebal dalam 0.5-0.8 cm. Potong bahagian hujung, kalau tak nak pun boleh. Guna sahaja yang last itu pun tak apa.
  12. Sekarang potong doh ikut saiz anda nak. Jangan terlalu lebar, buatlah dalam 1.5 cm dan potong sampai habis seperti di gambar.
  13. Kemudian, gulungkan ia dan sapukan air pada hujungnya nanti nak elak dari gulungan terbuka.
  14. Seterusnya, susun dalam dulang atas parchment paper seperti dalam gambar dan biarkan dalam 10-15 minit sebelum menggoreng (boleh bekukan lebihannya nanti jika tak goreng semua).
  15. Donut gulung dah sedia untuk digoreng!
  16. Bila dah siap mengggoreng, letak snow powder atau gula castor.

Kalau nak buat banyak, boleh gandakan semua bancuhan.

resepi donut gebu simple

Gambar: Wan N Wan M

Baca juga: Cara Buat Kuih Ketayap Bebas ‘Gluten’, Sama Sedap Persis Yang Warna Hijau Itu!

Sumber: Wan N Wan M

FT Image: Wan N Wan M

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×