Dapur

Resipi Cheesekut Meleleh Viral, Guna Peti Sejuk Je Mudah Tak Perlu ‘Oven & Air Fryer’!

29
SHARES
resepi cheesekut mudah

Cheesekut merupakan antara pencuci mulut yang mudah dihasilkan di dapur. Hal ini kerana, proses membuatnya tidak memerlukan peralatan dapur yang rumit seperti mesin ketuhar dan penggoreng udara sebagaimana resepi cheesekut mudah yang dikongsikan Nor Farah Atika ini.

Sudah cukup dengan adanya peti sejuk sahaja dan kemudian anda boleh menikmati pencuci mulut ini dengan gembira! Jom lihat resipi cheesekut mudah di bawah.

Baca juga: Resipi Apam Cornetto Warna-Warni 3 Bahan, Sangkakan Aiskrim Rupanya Kuih, Kreatif Betul~

RESEPI CHEESEKUT MUDAH PETI SEJUK

resepi cheesekut mudah

Siapa peminat dessert (pencuci mulut) dan cheese (keju), wajiblah cuba buat cheesekut ini. Mudah sangat buatnya. Tak perlu guna blender (pengisar), oven (ketuhar) dan air fryer (penggoreng udara).

Hanya perlukan peti sejuk sahaja untuk bagi dia sejuk, mudahhh sangat buatnya!

Bukan budak-budak sahaja yang suka, mak budak pun suka juga tau. Musnah dietkuuu! Awas, kalau buat pencuci mulut ini malam malam sebab risau bangun pagi esoknya dah hilang.

Baca juga: Teknik Salutan Bancuhan Sotong Goreng ‘Melekat’ Penuh, Puas Hati Bila Gigit Tau!

Bahan-bahan utama:

resepi cheesekut

Gambar: Nor Farah Atika

  • Biskut kering
  • Krim keju 250g
  • Susu full cream
  • Susu pekat

Baca juga: Cara Buat Kuih Ketayap Bebas ‘Gluten’, Sama Sedap Persis Yang Warna Hijau Itu!

Cara-cara penyediaan:

resepi cheesekut

Gambar: Nor Farah Atika

  1. Masukkan krim keju ke dalam bekas.
  2. Masukkan 1/2 cawan susu pekat ikut dan boleh ubah ikut tahap kemanisan masing-masing.
  3. Lenyekkan krim keju bersama susu pekat tadi.
  4. Kemudian, masukkan 1/2 cawan susu full cream sehingga ia kelihatan sedang elok dan tidak lembik sangat.
  5. Kacau bahan-bahan tadi sehingga dapat hasil yang likat seperti di gambar di atas.
  6. Masukkan susu full cream ke dalam bekas lain dan celupkan biskut kering ke dalamnya.
  7. Celup sekejap dan kemudian angkat keluar.
  8. Biskut yang dicelup boleh disusun ke dalam bekas lain.
  9. Lapiskan pula dengan cecair keju tadi.
  10. Letak semula biskut selepas lakukan langkah 7 dan ulang sehingga langkah 9.
  11. Anda boleh buat beberapa lapisan ikut kesukaan anda.
  12. Boleh letakkan apa-apa jenis serbuk topping seperti matcha, koko, oreo, nestum dan sebagainya.
  13. Akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk dan boleh biarkan semalaman.
resepi cheesekut mudah

Gambar: Nor Farah Atika

Tapi kalau dah sampai meleleh air liur, boleh sahaja menikmatinya selepas beberapa jam disimpan dalam peti sejuk. Selamat mencuba!

Baca juga: Idea ‘Hipster’ Buat Onde-Onde Versi Coklat, Bila Ngap Terus Cair Di Mulut!

Sumber: Nor Farah Atika

FT Image: Nor Farah Atika

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×